Anak demam




Anak demam apa perlu buat?

 

alhamdulillah afiq dah baik demam

Bawa ke klinik atau Hospital, itu dulu sebelum cik mijah hidup dengan  Shaklee, bukan terlalu taksub tapi cuba untuk elakkan  drug kepada anak-anak.
Bila drug terlalu banyak dalam badan akan efek kepada buah pinggang dan sistem pertahanan anak.

Macam semalam Afiq, anak kedua cik mijah tiba-tiba demam panas, memang melepek dan melekat jelah tak nak berengang.
Apa cik mijah buat: 

1-      KERAP MANDI
Ntah berapa kali semalam mandikan Afiq pun cik mijah dah tak ingat tapi bukan mandi air sejuk ya. Mandi Air suam ( bila kita gunakan air suam, liang-liang kulit akan terbuka untuk keluarkan haba demam. Kalau kita gunakan ais, liang-liang kulit akan semakin tertutup menyebabkan haba sukar untuk keluar dari tubuh badan)

Cik mijah mandikan afiq dengan air suam  + basic H jangan cakap cik mijah poyo boleh jugak letak lemon @ daun bunga raya.

2-      SENTIASA PANTAU SUHU
Memang tak tido malam tau bila anak demam ne, tu pasal boleh tulis entry ne. hehe gila sekejab.
Cik mijah dan En Eddie gilir-gilir amik nombor nak tido. Esok nak kerja sebab cuti tahun dah abis. Macam zalim pulak, tapi kalau deman afiq tak kebah jugak esok conpom EL.


3-      TANGGALKAN BAJU
Semalaman afiq tak pakai baju, cik mijah bagi dia pakai seluar pendek ja. Biar senang suhu badan turun. Bahaya budak-budak bila demam panas ne boleh kena tarik ( mintak simpang )

4-      KERAP BAGI AIR KOSONG
Kalau anak masih menyusu boleh la bagi susu sekerap mungkin. Bila demam selera memang kelaut. Jadi tak nak perut kosong dan terhidrat air kosong sangat membantu. Ai zam-zam pun elok tapi dah malam-malam buta mana nak dapat.

5-      SUPLIMENT

Semenjak dua menjak ne memang cik mijah ada cakap dengan En Eddie cuba tak nak bagi anak ubat bila demam atau sakit pape tapi nak ikhtiar dengan Shaklee. Alhamdulillah walaupun muka macam tak setuju tapi niat cik mijah tu tetap tak dibantah.
Sebelum tidur cik mijah dah bagi afiq megadose makan minyak ikan dan vitamin C. 
Dengan izinNya pagi tadi bagun cakap " Mama adik dah sihat" 
Alamdulillah syukurnya, ( mata masuk habuk huk..huk..)



Perkongsian ini adalah dari pengalaman cik mijah 07.12.16 3am, bukan nak jadi Dr ke nak memandai sendiri,berani hasil dari pembacaan dan pengalaman rakan-rakan shaklee.



Previous
Next Post »