RESEPI UDANG LIPAN MASAK BERLADA

January 05, 2017

RESEPI UDANG LIPAN MASAK BERLADA


Bahan-bahan Resepi Udang Lipan Masak Berlada

1 kg udang lipan – dibuang kepala dan cuci bersih
* 8 tangkai cili kering - (dikisar, boleh tambah lagi untuk yang suka pedas )
* 2 biji bwg merah (dikisar)
* 3 ulas bawang putih (dikisar)
* 1 inci halia (dikisar)

* 5 Tangkai cili padi 
* 1 batang serai
* 1 biji telur
* 1 sudu sos cili
* 1 sudu sos tomato
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun sup



Kek Marble 25 Minit

Pernah makan udang lipan? Hah, ini lah rupa udang lipan tu. Rasa manis-manis macam ketam sedappppp



udang lipan masak berlada
rupa macam menakutkan tapi rasa sedapppp


udang lipan masak berlada
Tak sempat nak deko

Cara-cara Masak Udang Lipan Berlada

1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang di kisar sehingga masak dan pecah minyak.  Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan udang lipan dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga udang lipan masak, dan kacau sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
6.Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
7. Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas udang lipan. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
8. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan




  Selamat Menjamu Selera

 

No comments:

Powered by Blogger.