Captain America Makan Sayur

March 21, 2017

Captain America Makan Sayur


Ini Afiq Furqan yang selalu gelar dirinya Captain America. Boleh baca DISINI  kalau boleh hari-hari nak pakai baju Captain America dan topeng America tu.

Hai la anak macam-macam ragam. Istimewa Captain America ne dia suka makan sayur. Selera macam orang dewasa. Kalau nak makan mesti ada sayur tak kesah lauk apa pun sayur wajib ada. Paling koman CM akan sediakan timun atau salad. 



Masa terbaik Captain America Makan Sayur

Captain America Makan Sayur
Captain America Makan Sayur

Cm mula ajar Afiq makan sayur sejak umur 6 bulan. Semua sedia maklum bahawa bayi yang berusia 6 bulan keatas sudah boleh di beri solid food. Maka solid food pertama Afiq berunsur sayur-sayuran seperti lobak, sawi, bayam, brokoli dan labu akan dipurikan. Hari-hari pasti bertukar-tukar menu sebab taknak captain america CM busan.



Rajin boleh la buat macam-macam untuk anak tapi bagi yang bekerja mana sempat. Aippp siapa kata CM rajin sebenarnya dulu Cm pernah buat silap pada Cik Qilah kakak kepada Afiq, Alhamdulillah Allah hantarkan seseorang untuk tegur dan sampai sekarang CM akan ingat InsyAllah.

ada sorang nurse ne pernah tegur CM sebab bagi cik qilah makan nestum masa pergi check up dulu

 " dari awak bagi anak makan nestum baik awak bagi bubur nasi kosong jew untuk anak, nestum tu makanan diproses jangan fikir nak senang awak sumbat anak makanan segera"

  sentap CM masa dia cakap tu maklumlah anak sulung CM akui memang cetek ilmu. Alhamdulillah dengan teguran dia afiq tak pernah makan nestum. 


8 comments:

  1. Anak lelaki lani memang suka superhero... hehehe... bagusnya kecik-kecik nak makan sayur kan...

    ReplyDelete
  2. bagusnya captain america makan syur, irfan hensem mmg takmo makan sayur, 'tak kedap' katanya !

    ReplyDelete
  3. hehehe comel jerk makan sayur.. ekeke..

    Dtg BW sini dari family AFB.. Sori ye lambat follow sini.. :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah makan sayur dah askar nie hikhik. elsa pun tak makan sayur sampai sekarang huhu

    http://elsaalicious.blogspot.my/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.