Perut kembung Apa Nak Buat

March 02, 2017
Perut kembung, tepuk-tepuk perut bunyi macam tembikai ranum. Siapa pernah alami. Hah yang ne sangatlah tak selesa. Masalah kembung perut atau angin banyak bukan pada  bayi sahaja malah orang dewasa juga kerap mengalaminya terutama kaum wanita.

Sistem penghadaman yang tidak lancar dan teratur menyebabkan gas yang dihasilkan lebih banyak daripada  biasa seterusnya menyebabkan angin berkumpul di dalam perut dan kesannya perut menjadi kembung.

Rasa kurang selesa dan juga membuatkan perut nampak buncit. Memang tak dapat nak bergaya bila perut muncit, menganggu penampilan dan keyakinan diri secara tidak langsung.

Perut kembung Apa Nak Buat  

Perut kembung tak selesa
Gambar Ehsan Google

 

Punca kembung Perut


Gas di dalam usus terhasil daripada dua sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan yang di makan. Setiap kali kita makan sesuatu, sedikit gas akan bercampur masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil di mana sebahagian daripadanya diserap ke dalam badan.

Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).

Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi sesetengah individu yang sensitif, pengumpulan gas boleh menyebabkan ketidakselesaan dan perut terasa kembung setiap kali selepas makan.

Ada dua cara semula jadi untuk mengeluarkan gas ini iaitu melalui sendawa dan kentut


Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa terutama selepas makan.Makanan berlemak dan berminyak  juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul.





Cara Elak Kembung Perut

1 Ambil sarapan yang tinggi kandungan serat seperti sayur dan buah-buahan. 

Kajian dijalankan Universiti Toronto, Kanada mendapati pengambilan dua jenis serat pada waktu pagi adalah cara paling berkesan mengurangkan masalah kembung. Menurut Profesor Joanne Slavin yang juga pakar nutrisi dan sains pemakanan di Universiti Minnesota, serat bertindak menyerap air di bahagian kolon dan mempercepatkan pembuangan najis, seterusnya menjadikan badan lebih cergas


2 Kurangkan pengambilan garam dalam makanan harian.
Garam menyebabkan air berkumpul di dalam badan, seterusnya membuatkan perut kelihatan lebih besar. Makanan yang banyak garam adalah makanan segera serta snek 

3 Minum air putih secukupnya setiap hari
  Minum air yang cukup sekurang-kurangnya lapan gelas sehari akan membantu mengempiskan perut. Air mampu membersihkan usus dan mengelak masalah sembelit. 

4- Kurangkan Minuman Bikarbonat
Lebih baik gantikan minuman bikarbonat dengan makan banyak buah-buahan dan sayur.

5- Makan Yogurt
Semua sedia maklum di dalam yogurt terdapat bakteria hidup yang dikenali sebagai PROBIOTIK, sedia membantu usus bekerja 




Selain tip diatas anda juga boleh mengambil suppliment dari shaklee untuk atasi masalah kembung yang dialami.



Peppermint Ginger Plus : 

* Membuang angain lebihan dalam usus
* Melegakan rasa loya dan muntah 

Perut kembung Apa Nak Buat
Perut kembung Apa Nak Buat
 Testimoni Pepermint Ginger Plus 


Perut kembung Apa Nak Buat
Perut kembung Apa Nak Buat







Jika anda mahu mendapatkan Supliment Shaklee dengan Harga super jimat hubungi :
 

Cik Mijah: 017-3687028
Email : mizzmia27@gmail.com
FaceBook : Miza Talib
Instagram : Miza_Talib


 

No comments:

Powered by Blogger.