Makanan Roh


Pernah tak korang rasa letih dan tak bermaya sangat-sangat, Cm selalu jugak rasa letih bila balik kerja kadang-kadang nak tunggu waktu maghrib pun sempat terlelap teruk betui.

Selain amalan makan supliment untuk jasad makanan untuk roh pun perlu diberi jugak.

Amalan rohani tentunya makanan roh yang utama. Bila roh kita sihat, maka fikiran pun lebih tenang.

Salah satu cara untuk mengenyangkan roh dan mengatasi kepenatan adalah petua yang diajarkan oleh Rasulllah SAW kepada puterinya, Fatimah.

Makanan Roh
Sumber Google

Tatkala Fatimah mengadu kepada suaminya, betapa penatnya membuat segala kerja rumah. Saidina Ali menyarankan Fatimah berjumpa bapanya, Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu.
Namun, Rasulullah tidak memberikan sebarang pembantu, sebaliknya sekalung zikir yang dipanggil ‘Zikir Fatimah’, khas untuk anaknya yang kepenatan menguruskan keluarga.

Tasbih, Subhanallah 33 kali
Tahmid, Alhamdulillah 33 kali
Takbir, Allahu akbar 33 kali

Rasulullah SAW menyuruh Fatimah mengamalkannya setiap kali merebahkan diri untuk tidur. Sabda Baginda bahawa itu jauh lebih baik dari seorang khadam.

Maka untuk ibu-ibu yang sering kepenatan dengan urusan kerja di pejabat dan  di rumah (dan bapa2 juga!),  amalkanlah zikir Fatimah setiap malam sebelum tidur. Semoga esok pagi bangun dalam keadaan ceria dan gembira


Bahaya Cukup Tidur  
Stress 
Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
May 10, 2017 at 9:46 AM ×

sha selalu rasa letih mcm tu bila balik kerja, padahal kerja tak teruk sangat. terima kasih share zikir fatimah tu ;)

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
May 10, 2017 at 10:42 AM ×

Perkongsian yg sgt bagus. Tak susah pun nak amalkan kan CM.

Reply
avatar
Anizz Annisa
admin
May 10, 2017 at 1:18 PM ×

terima kasih CM.. sangat2 berguna.. anis ni selalu letih tanpa sebab..hukhuk

Reply
avatar