Premier Clinic : Rawat Lingkaran Gelap Bawah Mata

May 06, 2017

Premier Clinic : Rawat Lingkaran Gelap Bawah Mata



Lingkaran gelap bawah mata atau selalu kita dengar orang  panggil mata panda. huhu Inilah masalah yang sering menganggu cm. Akibat kurang tidur dan masalah keturunan yang tak dapat cm nak elak jadinya cm pergi dapatkan rawatan untuk merawat Lingkaran Gelap bawah mata di Premier Clinic cawangan Puchong


Bila dah sampai, cm  diberi penerangan apa rawatan yang sesuai oleh Dr Michelle Lai. Untuk pengetahuan korang Semua doktor di Premier Clinic ada degree dalam bidang perubatan dan pengiktirafan dalam bidang aesthetic. Jadi, tak perlu risau tersalah cucuk ke, tersilap ubat ke. Memang dorang ni highly trained dalam bidang kecantikan.

Premier Clinic : Rawat Lingkaran Gelap Bawah Mata
CM dan CN semasa sesi penerangan oleh Dr Michelle Lai sebelum memulakan rawatan.



CO2 Fractional Rawatan Laser di Premier Clinic cawangan Puchong



CO2 Fractional Rawatan Laser telah digunakan secara meluas bukan sahaja untuk mencerahkan kulit anda tetapi juga digunakan untuk merawat parut jerawat, kedutan / garis-garis halus dan juga boleh merawat masalah Lingkaran Gelap Bawah Mata.



Fractional CO2 Laser merupakan rawatan yang selamat dan mudah tanpa kesan sampingan  yang telah diterangkan oleh Dr. Michelle Lai. Fractional CO2 Laser hanya RM1,800.00 setiap sesi


Premier Clinic : Rawat Lingkaran Gelap Bawah Mata
Cm semasa sesi rawatan.

Pengalaman Cm membuat Rawat Lingkaran Gelap Bawah Mata


Cm ingatkan treatment ni makan masa berjam jam, rupanya tak sampai 10 minit pun haha. Sekejap je lepastu dah siap. doctor terus masuk dan on machine laser. Zeett zetttt zettt (bunyi laser) sekejap, lepastu dah habis. Masa treatment tu memang ada bau hangit hangit sikit haha rasa macam bau rambut terbakar pun ada. Tapi jangan risau, nothing serious pun. Sebab kawasan bawah mata adalah kawasan yang agak sensitive jadi sepanjang treatment ada satu tiub yang di panggil cooling tiub sangat sejuk di hala pada sekitar bawah mata untuk mengurangkan rasa panas laser.



Kesimpulan yang boleh dibuat, rawatan laser ni langsung tak menyakitkan. Rasa ngilu ngilu sikit tu ada lah.  kalau berhasrat nak buat rawatan laser , takyah takut takut lah . Serius tak sakit pun .



Rawatan laser ni kesannya tak nampak serta merta . Doctor cakap dalam masa 2 minggu boleh nampak results .

Selesai je laser treatment ni, doctor sarankan untuk lebihkan pemakaian sunblock sebelum keluar rumah atau untuk sebarang aktiviti luar  dan elakkan pakai produk yang beracid.  Untuk prevent daripada skin irritation. 

Premier Clinic : Rawat Lingkaran Gelap Bawah Mata
Tq Dr Michelle yang comei


 Sebelum korang pergi ke Primier Clinic sila pastikan dah buat appointment sebab ramai sangat pesakit yang nak cantik diluar sana, nanti korang melepas pulak. 



Email : contactus@premier-clinic.com
Instagram : https://www.instagram.com/premier_clinic/


  TTDI (012-6625453)
TTDI : No 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), 60000 Kuala Lumpur
(sebaris dengan Pizza Hut dan bersebelahan dengan Maxis & Digi Centre)
  
 Bangsar (012-6624278) 
Bangsar : 40 Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
(sebaris dengan Pejabat Pos dan bersebelahan dengan kedai mamak Raj Banana Leaf)
 
  Puchong (016-7060101)
Puchong : G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
(sebaris dengan RHB Bank dan bersebelahan dengan Pappa Rich)



2 comments:

  1. Wahhhhh, dekat dua ribu tapi kalau mmg permanent kesannya berbaloii

    ReplyDelete

Powered by Blogger.