Beza Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

June 30, 2017

Beza Anak Lelaki Dan Anak Perempuan


Anak lelaki sifatnya apabila bangun pagi, HANYA BOLEH BERFIKIR SATU PERKARA PADA SATU MASA, manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat, bersiap ke sekolah dan sebagainya.

Beza Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Satu "PANTANG" jika anak lelaki dimarahi pada waktu pagi, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran anak itu di sekolah nanti, kecuali jika ada tempat untuk anak itu melepaskan kecamukan dalam fikirannya, seperti "punching bag".

Disebabkan oleh tingginya paras hormon testosteron dalam diri kanak-kanak lelaki. Otak kanak-kanak lelaki pada usia 2 tahun, hanya otak kanan yg matang, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi visuospatial sangat baik. Contohnya, suka lihat benda bergerak, mereka tidak boleh duduk diam, jika objek tidak bergerak, dia yang akan gerakkan objek tersebut. Jangan marah ketap-ketap bibir kalau mereka tak boleh duduk diam sopan santun. Itu fitrah itu fakta.

Kanak-kanak perempuan pula sudah matang kedua-dua bahagian otak pada usia 2 tahun, dan oleh kerana itu mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Menurut kajian, kematangan seorang kanak- kanak lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan kematangan kanak-kanak perempuan 4 tahun. Subhanallah !

Jadi janganlah membanding-banding anak lelaki kita dengan anak perempuan yang sebaya. Jangan bandingkan anak lelaki kita dengan anak perempuan kita. Don't judge, don't compare! Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tidaklah sama lelaki dan perempuan.

Rujuklah Ali Imran ayat 36.

1 comment:

Powered by Blogger.