Labu Masak Lemak Putih

Labu Masak Lemak Putih

Alhamdulillah dah hampir ke penghujung Ramadhan, cepatnya masa berjalan. Tau-tau hujung bulan ne dah raya. Rasanya macam-macam menu dah dicuba sepanjang berpuasa ne. Kalau dulu miza bukan lah rajin memasak tapi bila masuk bulan ramadhan ne hari-hari kena masak dan akan pelbagaikan menu untuk tak nak bosan.

Resepi hari ini sangatlah mudah dan ringkas. Labu Masak Lemak Putih. Nak buat kuih koci labu kemahiran membungkus koci tu belum lagi jadi lah masak Lemak ne.

Bahan-bahan Labu Masak Lemak Putih 

 Labu
 Bawang Putih *
 Bawang Merah *
 Udang Kering / Ikan Bilis * ( Buat perasa tambahan )
 Santan
 Serai
 Cili Masak



Labu Masak Lemak Putih
Labu Masak Lemak Putih

Cara-cara Labu Masak Lemak Putih

1- Kupas labu dan dibuang kulit, lepastu Potong dadu sedang-sedang
2- Blender @ Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *
3- Panaskan kuali masukan bahan yang telah di blender @ Ditumbuk tadi, masukan air kosong sikit  bersama labu untuk biarkan labu empuk.
4- Dah empuk labu masukan santan bersama serai. Kalau rasa macam pekat boleh tambah air ikut selera masing-masing.
5- Last sebelum tutup api masukan sedikit garam sebagai perasa.

Dapat makan dengan ikan kering atau ikan goreng garing, sure bertambah-tambah nasi. Jangan mara bila diet ke laut.

Selamat mencuba ;)


Resepi Nona Manis
Resepi Apam Nasi
Previous
Next Post »