resepi nasi impit kuah kacang noxxa

RESEPI NASI IMPIT KUAH KACANG NOXXA

resepi nasi impit kuah kacang noxxa
Gambar sumber : Group Whatapp


Nasi impit Noxxa

15 bungkus beras nasi impit mini - cuci dan tos
Air

Cara
Masukan air 2/5 periuk noxxa. Masukkan bungkusan beras dan tutup penutup. Hala tombol kepada pressure. Set butang high pressure selama 35 minit dan tekan on. Bila masak tekan off. Bebaskan tekanan. Buka tudung dan angkat nasi impit untuk disejukkan.

Kuah kacang Noxxa

500g kacang tanah - goreng dengan sedikit minyak. Goreng hingga garing dan bau wangi kacang naik.  Separuh kisar halus dan separuh lagi kisar kasar.
100g daging (pilihan)- cincang lumat
*15 tangkai cili kering - goreng dengan minyak sedikit
*1 1/2 sudu besar jintan manis -sangai
*1 sudu besar ketumbar- sangai
*1 sudu kecil jintan putih- sangai
* 1/2 inci lengkuas
*1/2 inci halia
*4 ulas bawang merah
*2 sudu besar udang kering - bahan bertanda * dikisar lumat
1 keping gula melaka ( saiz kecil)
1 batang serai - dititik
1000ml santan
8 sudu besar gula (boleh tambah jika suka manis)
Sedikit air asam jawa
Minyak dan garam secukup rasa

Cara;
Tekan stir fry dan tekan on. Panaskan minyak dan masuk serai. Tumis bahan kisar hingga naik minyak. Kemudian masuk daging. Masak sebentar.

Masuk santan, gula melaka, kacang yang halus,dan air asam jawa. Kacau sebati dan tekan off.

Tutup penutup dan hala tombol kpd pressure. Set butang high pressure selama 3 minit dan tekan on. Bila habis tekan off. Bebaskan tekanan dan buka tudung.

Masuk kacang yang kasar,gula dan garam. Gaul sebati. Tekan stir fry dan tekan on. Masak sebentar hingga pecah minyak dan tekan off. Sedia dihidangkan bersama nasi impit.



Baca Juga :

Kari Kepala Ikan Parang
 
Sumber : Group whatapp cara guna Noxxa

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Amanda Suria
admin
June 28, 2017 at 10:12 AM ×

Akak kawen nanti tolong la...tolong la hadiahkan piyuk Noxxa ni ha...

Reply
avatar
Mimi Azirah
admin
June 28, 2017 at 11:45 AM ×

Sedapnya kuah kacang

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
June 29, 2017 at 12:55 PM ×

Menu fav ana ni. Selalu makan dgn kuah lodeh :)

Reply
avatar