RESEPI TUMIS JAWA BERSANTAN

RESEPI TUMIS JAWA BERSANTAN 


Salam Ramadhan yang ke-11 semua. Masih ada lagi kew yang pening nak pikir menu berbuka dan bersahur. Apa kata korang cuba Resepi Tumis Jawa Bersantan. Miza pun tak pasti kenapa nama masakan ne Tumis Jawa Bersantan adakah sebab MIL miza jawa dia bagi nama camtu. Ntah lah

Yang pasti Resepi Tumis Jawa Bersantan bukan yang selalu korang makan masa kenduri kawin. Ala yang ada sayur, tempe goreng dengan suun kan.

Baca Juga Udang Lipan Masak Berlada   
 
RESEPI TUMIS JAWA BERSANTAN
RESEPI TUMIS JAWA BERSANTAN

Bahan-bahan Resepi Tumis Jawa Bersantan  

1-  * 1 Biji Bawang besar ( kalau korang suka makan bawang boleh jew nak tambah, lagi banyak bawang lagi manis)
2- * 4 Biji Bawang Putih ( nak lebih pun boleh harum jew bila menumis nanti )
3- * 1 Inchi Halia
4- *  Cili Padi ( ikut pedas yang korang nak, miza suka pakai cili bangla amik dalam 5 tangkai dah pedas )
5- Santan ( santan kotak boleh @ Santan Pera pun boleh )
6- Ikan Kembung Kukus ( nak pakai ikan lain pun boleh contoh : ikan cencaru, ikan jenahak)
  *MIL request nak makan ikan kukus Tumis Jawa Bersantan

Cara Masak Resepi Tumis Jawa Bersantan  

* Panaskan Minyak dan tumis bahan yang bertanda * ( Bawang putih, bawang merah, halia, Cili ) tumis sehingga naik bau 
* Masukan santan, gula, garam dan asam keping lepastu rasa la ikut tekak korang nak masin lebih sikit kew, nak manis lebih kew seterusnya masukan ikan. Kalau pekat sangat boleh tambah air, Ikut selera masing-masing

Selamat Mencuba


 
Resepi Ikan Kerapu Masak Stim


Previous
Next Post »