Siapakah yang bergelar Bukan Mahram

June 24, 2017
Cepat sungguh masa berlalu, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Selain amalan untuk kejar di akhir-akhir Ramadhan ini. Miza nak share dengan korang sebagai peringatan kita bersama bila tiba hari raya nanti. Marilah kita saling mengingati, Siapakah yang bergelar Bukan Mahram
Siapakah yang bergelar Bukan Mahram
Gambar sumber Google


Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang TAK BOLEH salam:

Amalan kunjung mengunjung sudah menjadi satu kemestian semasa musim perayaan nanti. Tetapi amalan bersalaman juga mesti kita sama-sama ingat bukan semua boleh disalam.

Jika kita seorang Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Jika kita seorang Perempuan:-

1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak


Haa..dah tahu kan??

Jangan buat-buat lupa pula.

Jadi sekarang dah tahu..minta minta ler sampaikan pula pada saudara dan sahabat anda yang lain ..



Semperit Sukatan Cawan

2 comments:

Powered by Blogger.