Sunnah Raya

Sunnah Raya


Dalam kita bergembira menyambut Hari Raya Yang Mulia, Setelah penat berpuasa selama sebulan apa kata pagi raya ne kita mulakan pagi raya yang mulia dengan Sunnah Raya.
 

Sunnah Raya
Gambar Sumber Google
 Antara Amalan Sunnah Raya :

1- Takbir Raya 
Seperti yang di katakan oleh Ustaz Johari dalam live bersama Prof Mahaya . Takbir perlu dilaung dengan penuh semangat tanda kemenagan kita sebulan berpuasa, Bukan mendayu-dayu dan sedih Hari Raya hari kemenangan Umat Islam.

2- Mandi Raya
Bersihkan diri untuk bersama jemaah lain. Tiada niat yang khusus untuk mandi raya ne. Niat sudah memadai

3- Berhias dan Berwangian
Tidak perlu berlebih-lebihan sekadar perlu saja

4- Pakai Pakaian Baru / Pakaian yang paling baik
Bukan semua mampu untuk memiliki baju baru dipagi raya. Memadai jika sekadar memakai pakaian lama yang masih elok. 

5- Fitrah Pagi Raya
 Menjamah makanan sebelum pergi solat raya. Jangan sampai terlalu kenyang cukuplah Sebagai tanda berterima kasih atas nikmat yang dikurniakan Olehnya.

6- Keluarkan seluruh Ahli keluarga Ke tempat Solat.
Sebagai perhimpunan terbesar umat islam, digalakan seluruh ahli keluarga untuk sama-sama ke masjid surau yang berdekatan untuk mendirikan solat Sunat Hari Raya.

7- Pergi dan balik tempat solat menggunakan laluan berlainan.
Jangan sampai tak balik rumah ye, semata nak amalkan sunnah raya.


Selamat Hari Raya Semua, Maaf Zahir Batin dari Miza Sekeluarga  


Previous
Next Post »