Asam Pedas Ikan Kembung

Asam Pedas Ikan Kembung

Setelah keadaan kembali kepada asal tiada lagi rendang, ketupat, nasi impit kuah kacang yang mendominasi meja makan maka menu kita hari ini Asam Pedas Ikan Kembung sedia di hidang di atas meja. Penuh sayur senang 1 hidangan jew merangkap lauk dan sayur. 

Nampak benar M besar tu sedang menular dalam diri hang miza oi...



Asam Pedas Ikan Kembung



Bahan-bahan Asam Pedas Ikan Kembung

5 Ekor Ikan Kembung  
10 Batang Bendi
2 biji tomato
1 kuntum bunga kantan
1 Gengam daun kesum 
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Asam keping ( 3 keping )
Halba
air secukupnya 
* Segegam cili kering ( nak lagi pedas boleh campur cili padi sikit )
* 1 ulas bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 1 inch Halia
* 1 Inch Lengkuas
* 1 inci kunyit Hidup 

Blend semua bahan-bahan yang bertanda *


Asam Pedas Ikan Kembung


Cara-cara masak Asam Pedas Ikan Kembung


1. Panaskan minyak dan masukan halba serta tumiskan bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan pecah minyak
2. Masukkan asam keping, air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
3. Masukkan daun kesum, dan Bunga Kantan, Bendi
4. Kemudian masukkan ikan dan Tomato
5. Akhir sekali masukkan garam ikut tekak korang ye
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Amanda Suria
admin
July 13, 2017 at 1:56 PM ×

Sedapnya...lama dah x makan asam pedas

Reply
avatar
aRzMoHa
admin
July 13, 2017 at 9:26 PM ×

menarik....nampak sedap...dengna resipi asam pedas ikan kembung ni nanti boleh cuba memasak

Reply
avatar