Percutian di Arwana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Yang Awesome

July 23, 2017

Percutian di Arwana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Yang Awesome



 Pulau Perhentian tersenarai diantara 100 pantai yang cantik oleh CNN. Pulau ini juga merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Perhentian ini juga termasuk dalam senarai pulau yang belum miza jejaki lagi... Ish sakit jew hati bila adik miza spam gambar dia bercuti ke Pulau Perhentian baru-baru ne.  Percutian di Awana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Besar Yang Awesome

Percutian di Awana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Besar Yang Awesome
Damainya Permandangan
 Mentang-mentang lah bujang merata adik miza ne berjalan. Kenapalah dulu masa  miza bujang tak jejak semua pulau-pulau cantik di Malaysia ne huhu. Tak pe sempat lagi nak bodek EE pergi sini hujung tahun ne anak-anak pun dah besar senang boleh jalan sendiri.
Jom Miza kongsi sikit pengalaman adik miza yang bercuti di Pulau Perhentian dengan membuat tempahan  di Traveloka 

Percutian di Awana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Besar Yang Awesome
Sejuk mata memandang lautan yang luas terbentang


Percutian di Awana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Besar Yang Awesome


Orang asyik canang-canang bertapa bestnya Perhentian. Terhasut dengan kata-kata itu maka berlakulah kejadian aku bercuti di Perhentian Island. Hehe. Pulau Perhentian berada di daerah Besut, Terengganu. Terdapat 2 buah pulau utama iaitu di Perhentian Besar dan Perhentian kecil. Manakala terdapat juga pulau yang tidak berpenghuni iaitu Susu Dara, Serengeh dan Pulau Rawa.


Percutian di Awana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Besar Yang Awesome
Credit : Arwanaperhentian.com

Di sana aku pilih untuk menginap di Arwana Perhentian Eco Resort di Pulau Perhentian Besar . Di Arwana Resort, aku tempah bilik jenis standard jee. Bilik paling murah di resort ni. Bilik jenis ni dah selesa sangat. Ada almari besar satu dan katil jenis queen. Bilik ni menghadap pool. Bolehla usha-usha tengok orang mandikannnn... Yang tak bestnya bilik ni adalah disebabkan takda tv, wifi, iron kena mintak dan takda free breakfast. Selalu menginap di hotel dengan harga bilik ni dah boleh dapat free breakfast untuk 2 orang tau. Kedekotla pihak resortni. Hahaha. Antara facilities yang ada kat dalam bilik ni ialah toilet, air conditioning, hot & cold shower, termos, drinking water dan coffee dan tea. Jarak nak pergi ke main lobby dan beachfront dalam 100m je. Bilik jenis ni ada 8 unit. 

Bilik-bilik lain yang terdapat di resort ini ialah 22 unit superior room, 6 unit bilik Deluxe pool view without balcony, 6 unit deluxe pool view with balcony, 32 unit deluxe family room, 12 unit deluxe sea view with balcony, 8 unit deluxe sea view without balcony dan 8 unit family executive room. Actually facilities yang disediakan setiap jenis bilik sama jer. Yang membezakan adalah keluasan, size dan jenis katil. So tempah lah bilik ikut kesusaian dengan jumlah penghuni dan bajet korang keh! Nak cari penginapan murah? Cepat book Perhentian Island Resort on traveloka sekarang.

Service dan Facilities yang  disediakan oklah. Swimming pool terbuka dan suasana seperti di garden. Serius memang syok berenang kat kolam ni.. tenang je rasa… Don’t worry pasal dress code. Boleh ja pakai baju ape-ape. Waktu operasi swimming pool dari10  pagi hingga 7 petang. Di Arwana resort ini ada souvenier shop..tak pening kepala nak mana nak beli sourvinier. Macam-macam dah ada kat sini seperti handicraft, soft toys, apparel, accessories, dan lain-lain.
Jalan- jalan di sekitar resort ni ada nampak juga dive centre. Korang pun tahukan betapa cantiknya kehidupan laut di bawah dasar laut di Pulau Perhentian.  Rugi sangat bila dah sampai sini tak buat Scuba diving. Best sangat-sangat bila dapat beramah mesra dengan hidupan laut di sini rasa macam tak mau naik ke darat jew. Eh boleh kew hehe

Percutian di Arwana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Yang Awesome
Percutian di Arwana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Yang Awesome


Bila malam tak leh nak tido dan tak tau nak buat ape, lepak bilik pon line macam siput so gagahlah ke lobby area untuk dapatkan WIFI. Laju juga wifi dia. So bolehla nak update lelaju status dan share gambar bercuti di Pulau Perhentian. Hihi. 


Nak cari tempat makan tak payah pening. Di resort ada Arwana cafe. Cafe ini ada menyediakan wide range of buffet spread daripada makanan tempatan sehinggalah international cuisine. Sesiapa yang nak BBQ boleh tanya pihak cafe kerana BBQ available every altenate night. Waktu operasi adalah dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi bagi  sesi breakfast, lunch pula daripukul 12 tengahari hingga 2 petang manakala waktu dinner beroperasi dari pukul 7.30 malam hingga 9 malam.

Percutian di Awana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Besar Yang Awesome
Credit : Arwanaperhentian.com


Selain tu ada juga Arwana Ala Carte Restaurant. Sepanjang berada di sana, aku makan di situ je . Pekena nasi berlauk dia pergh memang mantop. Masakan bergoreng pun superb. Favorite aku nasi goreng daging. Untuk pengetahuan korang, specialities di restoren ini ialah Authentic Malaysian Cuisine dan wastern. Lunch hour dibuka pada pukul 12 tengahari to 3 petang dan dinner pula dibuka pada pukul 7 malam sehingga 11 malam.


Kalau nak mudah amik jer fullboard package dari Perhentian Island Resort. Banyak jer pakej-pakej yang berbaloi termasuk tempat penginapan, breakfast, lunch, dinner dan snorkeling trip. Boleh tengok maklumat pakej kat laman web perhentian island resort. Pilihla pakej ikut bajet korang yer.
Percutian di Awana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Besar Yang Awesome
Percutian di Awana Perhentian Eco Resort, Pulau Perhentian Besar Yang Awesome

 Bestkan baca pengalaman adik miza ne. Siapa kata bujang tak boleh travel. Pilih la lokasi dan tempat tinggal yang selamat sure boleh cuti-cuti malaysia dengan tenang.

Selamat Bercuti !

17 comments:

  1. bole released tension p tempat2 cenggini😘

    ReplyDelete
  2. Bestnya bercuti ke pulau perhentian...apatah lagi kalau dapat tinggal di arwana perhentian resort ni best betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan bercuti di pulau yang termasuk dalam senarai pulau tercantik didunia

      Delete
  3. Bestnya pi pulau bercuti. Memang suka sangat keluarga PCL kalau ada laut dan pantai yg cantik2. PERHENTIAN memang best

    ReplyDelete
  4. Syoknya. Mmg tenang habis dpt tgk laut...

    ReplyDelete
  5. Time bujang la best g jalan2.. Haha

    ReplyDelete
  6. Perhentian memang cantik. Nanti nak ke sana lagi lah. Nak stay dekat awani lah. Nampak selesa dan cantik.

    ReplyDelete
  7. Bercuti kat pulau ni best sbb rasa tenang n tak ada gangguan...

    ReplyDelete
  8. Kalo tgh stress mai sini knpem terubat .. Cantikk

    ReplyDelete
  9. Cantiknya pemandangan kat sana.. Memamg sesuai sgt utk bercuti tenangkan minda

    ReplyDelete
  10. Pergh , ada gmba i la dlm blog retiss .. teharuu tp cm nk blasah sbb buh hat lemak belapis2 😂

    ReplyDelete
  11. Pulau Perhentian ni memang cantik sangat kan 😍 Teringin sangat nak pergi.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya pemandangan.. salah satu tempat yang Kak Sue teringin nak pergi satu hari nanti..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.