Tips Bertungku

July 11, 2017

Tips Bertungku  


Selalunya bertungku akan dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang sebelum mandi selama 45 minit. Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.


Set Hamil Terbaik
Tips Bertungku
Ini Bukan belacan ye. Tengok betul-betul batu sungai tu

Tips Bertungku

1- Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu atau daun betik atau daun lengkuas ke kunyit ke apa2 jelah daun hehehe tapi betik dan mengkudu tu the best.    2- 

2- Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai. Guna getah pun boleh kalau takde tali.


Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku

Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungkuk dibahagian ini dilakukan ketika ibu berbaring.

Tungku diletakkan disekitar buah dada dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, membolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian kanan ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. 

Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Kaalu rasa macam malas sangat letak jer tungku kat kaki tu tak payah gerakan pun rasa hangat..ok laa dari tak langsung.

Tips Bertungku
Kain batik sampai hanggit bukti batu sunggai ne panas

Masa Terbaik Bertungku 


Masa yang sesuai untuk bertungku ialah:

* Pagi :  iaitu sebelum matahari naik 
* Petang :  selepas waktu asar.

 Tetapi bertungku boleh juga dilakukan sewaktu badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar. Tungku perlu dibakar semula sekiranya telah sejuk.
Tapi kalau ada orang tungkukan untuk kita memang best laaa...buat setiap hari...cuma sekarang kalau ada yang tolong tungku pun dalam 3 hari ok laaa kalau nak sepanjang 44 hari tu poket kena tebalkan laa sebab bayaran pun agak mahal...kecuali mak korang mak bidan

Dah siap bertungku kasi minum air kunyit pulak baru segar. Resepi ada disini Resepi Air Kunyit

Sumber Fb Zuera Burn untuk rujukan hari mendatang supaya tak penat nak google lagi 

Baca Juga :

Pil Kalsium
 


5 comments:

  1. Peuwww tp demi kesihatan si ibu, lebih baik juga buat btungku ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, tak semestinya kena pakai batu sungai

      Delete
  2. percaya tak, mama tak pernah bertungku seumur hidup hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la mama best, kadang2 miza letak air suam dlm botol dan tuam sambil baca buku

      Delete

Powered by Blogger.