Apa ada pada Nama

August 03, 2017

Apa ada pada Nama

Apa ada pada Nama. Sure marah bila orang sekadar wei atau hoi pada kita, maklumlah nama glamer sampai orang tak tahu, huhu. Yang pasti nama tak bawa masuk ke kubur sama macam harta yang kita miliki. Yang pasti semua yang ada didunia ini bukan milik kita.


Apa ada pada Nama
Apa ada pada Nama | Ihsan Google

Perkara pertama yang akan gugur setelah kematian kita adalah nama kita.
Kerana apabila kita mati maka ada orang yang akan bertanya : "Di mana SI MATI sekarang?" ..
Orang tak panggil waktu tu misalnya : "Di mana Pak Mat Tempe sekarang ?!"

Ketika mana kita hendak disolatkan dimasjid, akan ada orang-orang yang menyeru : "Tolong bawakan JENAZAH ke ruang hadapan.."
Orang tak sebut waktu tu : "Tolong bawakan Tuan Sadik Sepakraga ke depan imam !!."..

Ketika mana kita hendak diletakkan di dalam liang lahat, maka pengorek kubur akan cakap : "Mohon turunkan MAYAT pelan-pelan.."
Orang tak sebut waktu tu : "Mohon turunkan Dr. Asmadi perlahan-perlahan..” !!

Ketika jasad kita sudah dikebumikan lalu teman kita datang mngucapkan takziah mereka akan berkata pada kluarga kita ; "Semoga ARWAH ditempatkan bersama orang yang beriman.."
Depa tak kata ; "Semoga Dato Nikah Kawin ditempatkan bersama org2 yg beriman.." ...

Kerana itu jangan sesekali kita terpedaya dengan nama atau gelaran yang diberi hari ini, tak kiralah samada kita dipanggil Sifu @ King @ Otai @ Dato @ Tun @ Ustaz @ Sheikh @ Taiko @ Tan Sri @ Tok Guru @ Prof @ Doktor @ Lawyer @ Ir @ Ahli Muzik @ dll apa sahaja.., tiada apa-apa makna lagi segala semuanya itu, kerana ketika itu yang membezakan kita hanyalah TAQWA kepada Allah..

Apabila kita mati maka kita akan tinggalkan semua panggilan itu dan gugur ia dari jasad kita sebagaimana gugurnya pakaiaan serta perhiasan yang ada di badan kita.

Dikala itu orang-orang yang mengenali kita akan sedih pada hari tersebut.. Rakan-rakan baik kita mungkin beberapa hari terasa kehilangan kita, ahli-ahli kluarga kita boleh jadi bersedih hingga 3 4 minggu.. Pasangan kita silap-silap mungkin sampai setahun menyuram sepi mengenangkan kita..
Lama mana pun sampai bila?!! .. Selepas itu semua pakat lupa lah kat kita.. depa teruskan hidup depa mcm biasa, kita pun meneruskan juga hidup kita di alam yang ke 3 yang luar biasa.. alam yang lebih realiti dari alam yang agak fantasi sebelum ini.
Demikianlah tamatnya riwayat kita di dunia ini..

Kerana itu kita kena sentiasa ingtkan kematian, kerana dengan mengingati mati akan membuatkan hati kita sentiasa hidup segar bahagia disisi Pencipta..

Ketika ditanya pd Nabi siapakah yang paling cerdik? Nabi menjawab: “Mereka yg paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak"

Wallhualam..



sumber group Whatapp

7 comments:

  1. Nice... Boleh jadi pedoman untuk kita semua...

    ReplyDelete
  2. mendalam sungguh mknaanya. tp betul tu.. apa ada pada nama kan..

    ReplyDelete
  3. Deep juga ni.. cuma nama tu sebagai satu identiti.. Contoh dedaun comel... kalau takda nama ni orang tak tau nama blog saya..

    Kalau gelaran tu lain cerita dah tu ;)

    ReplyDelete
  4. Nama tu....doa untuk kita =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.