Hobi Baru Dengan Anak-Anak

August 26, 2017

Hobi Baru Dengan Anak-Anak

Hobi Baru Dengan Anak-Anak | Sejak jadi mak-mak ne rasanya macam tak menyempat nak ada hobi banyak masa di habiskan dengan melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar. Maklumlah cik qilah dan Afiq furqan ne beza setahun jew jadi memang sangat memerlukan perhatian sepenuhnya dari miza dan EE.

Kalau EE balik kerja lambat atau kerja lebih masa miza kena cover jadi mama dan ayah. Bukan senang ok. Mungkin bagi orang lain yang ada anak lagi ramai dari miza rasa apadehal. for me banyak hal wei. sebab sorang anak ayah sorang anak mama...

Miza pun bukan seharian duduk dengan dorang, Tuntutan ekonomi yang terpaksa miza tinggalkan anak-anak kepada pengasuh. Sedih jew bila pagi-pagi cik qilah dan Afiq buat drama tak nak pergi rumah pengasuh. Sabar ye anak-anak insyAllah mama akan jadi full time mama as soon. Aminnnn

Korang doa-doakan jugak ye.

Hobi Baru Dengan Anak-Anak | Masa yang miza ada dengan anak sangat singkat petang balik kerja terus amik dorang dari rumah pengasuh pastu terkejar-kejar nak masak untuk makan malam pastu tidur. Esok rutin yang sama juga melainkan hari minggu.

Bosankan lalui hari-hari yang sama dengan aktiviti yang sama. Jadi miza cuba ajak cik qilah dan Afiq Furqan berkebun. Ala bukan kebun besar mana pun cuma tanam pokok dalam pasu jew. Yang pasti hasil dari berkebun tu boleh buat masak jimat sikit dari hari-hari beli.

Alhamdulillah dah nampak hasil kebun miza dan anak-anak jimatlah duit EE beli cili, serai dan kunyit


Baca Juga : Tips Kesihatan Keluarga
Hobi Baru Dengan Anak-Anak
Hobi Baru Dengan Anak-Anak | dah mula menampakan hasil
Yang pasti Hobi Baru Dengan Anak-Anak menjadikan hari-hari miza semakin ceria dan gembira sebab Cik Qilah dan Afiq Furqan teruja nak siram pokok setiap hari. Dan yang paling best dah tak ada masalah miza masuk kerja lambat sebab anak-anak akan bangun awal pagi semata-mata nak siram pokok. 


Hobi Baru Dengan Anak-Anak
Cik qilah dengan penyiramnya

Hobi Baru Dengan Anak-Anak
Afiq furqan dengan pengembur tanah ;)

Sehari dua kali siram pagi sebelum pergi kerja dan hantar anak-anak ke rumah pengasuh nanti petang balik dari rumah pengasuh jew terus siram pokok. Bestkan anak-anak enjoy dengan hobi  mak-mak ne. 

Lepas ne boleh ajak dorang pergi nursery pulak cari anak pokok baru kan.. kan..


Baca JUga : Jangan Patahkan Vitamin C

7 comments:

  1. wah,.alhamdulillah. bestnya ada tanah boleh bercucuk tanam ni

    ReplyDelete
  2. Bagus ni.. hobinyg mendatangkan hasil.. anak2 pun pandai sayang pokok

    ReplyDelete
  3. bestnya kongsi minat dengan anak2

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Bila buat aktiviti bersama anak mesti mereka pun seronok. Mereka akan rasa dihargai dan pasti keyakinan diri mereka akan bertambah. Good job

    ReplyDelete
  5. sahut seruan kjaan niii...satu rumah satu tanaman😊

    ReplyDelete
  6. sahut seruan kjaan niii...satu rumah satu tanaman😊

    ReplyDelete
  7. alolo rajinnya diorang. moga jadi anak yang soleh dan solehah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.