mushroom soup home made sedap

August 14, 2017

Oh heavennya bila dapat makan Mushroom Soup Home Made. Sempena merawat hati yang luka lara makan soup cendawan tapi tak ada cendawannya korang boleh bayangkan tak betapa kecewanya miza hirup soup semata-mata huhu... Nama kedai di rahsiakan hehe

Untuk merawat luka lara tu gigih miza tepon kak ipar mintak resepi soup cendawan ne. Ok jom miza share dengan korang resepi Mushroom Soup Home Made. Tak kesah lah kalau korang dah pandai buat miza nak abadikan dalam blog supaya senang nak rujuk resepi bila nak buat lagi. Almaklumlah urat dah banyak putus hehe
  

Mushroom Soup Home Made

 Baca Juga : Resepi Air Barli
Mushroom Soup Home Made, sup cendawan ala-ala pizza hut, resepi mudah sup cendawan pizza hut, cendawan butang, garlic bread cicah soup cendawan
Inilah kejadian Mushroom Soup Home Made



Bahan-bahan Mushroom Soup Home Made  


1 Tin Susu CAir
1 Tin Cendawan Butang ( Potong Dadu )
2 Kiub Ayam
1 Biji Bawang Holand ( Potong Dadu)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 Sudu Mentega
Isi Ayam ( dicarik-carikan )
Air

Cara Masak Mushroom Soup Home Made

Panaskan kuali dan cairkan mentega 
Tumis bawang Holand dan Cendawan yang telah di potong dadu sehingga naik bau
masukan 1 tin susu dan 1 liter air kosong bersama isi ayam yang telah dicarik-carikan
lepastu bancuh tepung jagung dengan 500ml air dan dimasukan sekali kiub ayam.
Dah mendidih siap untuk dimakan. Nyum..nyumm



Mushroom Soup Home Made ne lagi sedap bila dicicah dengan Garlic Bread. Nikmatnya sampai boleh terpejam mata sambil makan. Nanti yer miza share pulak resepi garlic bread yang simple tu. Jimat duit lepas ne semua home made jew puas nak makan banyak-banyak.

Selamat mencuba 

Baca Juga : Atasi Perut Kembung

6 comments:

  1. Puas hati dpt makan homemade ni miza. Boleh makan byk mana nak kan. Hehe

    ReplyDelete
  2. Mudahnya..
    Bahan2 pun dah ada kat dapur tu.. *cing*

    ReplyDelete
  3. wahh,, rajinnya kak miza masak. sup cendawan lak tu. Kalu GV beli sup cendawan segera je. huhu. cmner pun,tq so much for resepi. leh try nanti kalu nak masak. hihi.

    ReplyDelete
  4. My favourite too mushroom soup..sonang je resipi dia..Boleh la kalau rajin nnti try...

    ReplyDelete
  5. SA ari tu pun memang craving mushroom soup...ntah kenapa ntah..tapi suka makan yang kat Las Vacas..mushroom dia sedap giler..cuma mahal la..okey nak cuba buat sendiri la

    ReplyDelete

Powered by Blogger.