Tewas Jua

September 27, 2017

Tewas Jua


Akhirnya tewas jua setelah lama tak demam. Tak pasal pasal cuti Awal Muharam miza bersambung sampai hari isnin lepas. 

Tak pasti macam mana boleh kena demam secara tiba-tiba tadi masa kat kenduri sakan berposing makan jangan cakap lah apa yang dijamu semua dijamah. Demi menjaga hati tuan rumah lah konon tu.

Tapi EE syak miza demam sebab over makan kuih koci labu.

 Yes ada sesetengah orang memang tak boleh makan labu tapi selama ne miza makan ok jew. 

Bila dah lama tak kena demam ne sekali kena memang teruk sikit lah. Langsung tak boleh nak bangun. Balik dari kenduri hari ahad lepas kepala dah mula rasa semacam tapi miza cepat-cepat megadose supliment yang miza selalu makan dengan harapan cepat sembuh. 

Siapalah miza nak lawan kuasa NYA. Malam tu memang tak boleh tidur badan seram sejuk nak ke klinik kesian pulak nak tinggalkan budak dua ketul ne maka bertabahlah tunggu pagi.

Nak tak nak isnin tu terpaksalah MC. Nak amik cuti tahun dah habis hehe



Inilah lumrah pekerja makan gaji macam miza ne.

Sakit itukan penghapus dosa-dosa kecil maka berlapang dada jangan pernah salahkan takdir. Setiap apa yang terjadi ada hikmah disebalik yang kita tak nampak.

Walaupun hanya demam biasa jew tapi kesian kat Afiq dan Qilah. Bila petang dorang balik dari rumah pengasuh siap tanya mama dah sihat ke belum?

Ok miza janji dengan diri sendiri lepas ne akan lebih berhati-hati pilih makan dan tak culas minum air kosong banyak-banyak demimu anak-anak 

Baca Juga :



5 comments:

Powered by Blogger.