Masak Jagung 6 Minit

Masak Jagung 6 Minit


Dah jadi rutin kalau barang-barang basah habis miza atau EE akan gilir-gilir beli barang. Semalam terbalik awal eh ada pulak istilah balik awal. Curik tulang lah tu. elo bos suruh balik so apa lagi balik lah hehe

Bila dapat peluang balik awal apa lagi laju jew miza berkejar ke rumah pengasuh amik anak-anak. Nyawa tu pergi mana-mana mesti nak bawak budak 2 ketui tu siapa lagi kalau bukan cik qilah dan afiq furqan

Potong kecik-kecik untuk bagi cepat masak

Masa dalam kereta dah pesan siap-siap dekat afiq dan Qilah mama nak beli ikan jew pastu kita kena balik cepat sebab nak masak untuk dinner.  NO Choklate.. NO ice cream.. 
NO jajan... NO itu No ini... 

Hehe biasalah mengambil kesempatan guna kuasa veto. Budak-budak ne kena pesan banyak kali kalau tak suka-suka jew penuh troli makanan merepek yang tiada khasiat tu.

Bukan isu kedekut tapi miza limitkan anak-anak dengan makanan ringan dan bergula. Ala jangan lah cakap miza poyo, Semua sedia maklum makanan ringan dan bergula ne tak elok untuk otak dan kesihatan.

Miza nak anak-anak sihat jew. Penat tau bila anak sakit ne. Nanti lah miza share cerita jaga Qilah kat sepital. Sebab tu lah sekarang miza lagi hati-hati bab makan untuk anak-anak.

Muka bahagia Afiq Furqan
Dah siap beli barang-barang basah dalam perjalanan nak ke kuanter si Afiq ne ternampak ada longgok jagung. 

Apa lagi berdrama lah dorang. Anak-anak miza ne memang kuat drama. Siap buat ayat-ayat yang mencengkam tangkai jantung.

Afiq : Mama adik nampak jagung
Miza : Mana mama tak nampak pun
Afiq : Tu mama ne tengok lah betul-betul jangan lah jalan laju sangat semua mama tak nampak.
Miza : Hurm...  Ok dah nampak nak berapa
Afiq : Mama beli semualah nanti tak penat mama nak datang beli lagi
Miza : ........................

Kalau korang kat tempat miza korang beli kew semua? hehehe


Kenduri jagung budak dua ne
Sampai jew rumah cepat-cepat miza buang kulit jagung ne masuk dalam periuk noxxa tambah air agak-agak tenggelam jagung ne masuk sikit  garam pastu HP 6 minit. 

Mujur ada kawan baik kat dapur jadi miza boleh masak untuk dinner sementara tunggu jagung ne siap.


Baca Juga :

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
October 17, 2017 at 2:39 PM ×

Lama tak makan jagung , hehe
Datang dari AFBdotcom (:

Congrats bro Syazwani Zunidan you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar