Apa Sujud Syukur?

November 03, 2017
 SUJUD SYUKUR, SAMA MACAM SUJUD DALAM SOLAT ? 

Pernahkah dengar tentang sujud syukur?

Pernah buat sekali seumur hidup sujud syukur ? 


Sama kew Sujud syukur ini dengan sujud dalam solat?


 Apa Sujud Syukur?

Apa Sujud Syukur?, CARA SUJUD SYUKUR, sujud syukur niat sujud syukur cara sujud syukur dan bacaan sujud syukur selepas nikah cara sujud syukur yang betul sujud tilawah bacaan sujud tilawah takbiratul ihram sujud sahwi
 Apa Sujud Syukur? : Sumber Googlee

Baca Juga : Pencuri dalam Solat 



 Apa Sujud Syukur?


  • Sujud syukur - sujud yang kita buat sebab dapat nikmat yang besar daripada Allah S.W.T.
  • Sujudnya sama seperti dalam solat, tapi kita buat di luar solat.
  • Sujud syukur tak perlu berwuduk.
  • Sujud ini kita boleh buat bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Contohnya, bila orang tu dapat kejayaan dalam sukan macam bola sepak, badminton, atau apa-apa jenis pertandingan, naik pangkat, dapat zuriat atau bila kita dapat apa saja yang tak disangka-sangka. Kita sujud syukur
  • Hanya sekali sujud sahaja.

Adakah Sujud Syukur Sama Seperti Sujud Tilawah?

Tak sama. Sujud syukur kita buat kerana dapat sesuatu nikmat daripada Allah S.W.T. sujud tilawah pulak bila kita baca ayat-ayat sajadah (yang menyeru kita untuk bersujud/bertasbih) di dalam Al-Quran.


 Bagaimanakah Cara Sujud Syukur?


* Pertama kita berniat;

“Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala.”

* Kedua, takbiratulihram iaitu mengangkat tangan seperti takbir ketika di dalam solat.

* Ketiga, sujud sebanyak satu kali dan bacaan ketika sujud itu sama seperti dalam solat;

Subhana robbial a’la wabihamdih

* Keempat, memberi salam dengan menyebut;


Renungilah firman Allah S.W.T ini yang bermaksud;

“Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”
Surah An-Naml:40
Baca Juga : Manfaat Sujud 
Sharing is Caring  

1 comment:

Powered by Blogger.