Apam Susu Gebu

November 01, 2017
Ini dinamakan rezeki, Side EE ne ada sorang kezen dia yang suka post pasal resepi dan menu-menu yang sedap kat FB.  As kezen miza yang penyibuk pun komen lah cakap sedap di gambar Apam Susu Gebu  yang dia post tu. Alhamdulillah rezeki dapat sebiji apam susu yang gebu gebas ne.

Korang kalau nak cuba buat sendiri Apam Susu Gebu ne pun boleh bahan-bahan yang digunakan pun senang jew. Cuma rajin dan malas jew lah. Tapi kalau korang nak beli boleh roger kezen miza ne. Boleh terjah Fb dia CIK PUAN AYU

Apam Susu Gebu

 Resepi Nona Manis
Apam Susu Gebu , Resepi Apam Susu, resepi apam susu kukus pelangi apam susu tanpa ovalette resepi apam susu cair apam susu tanpa telur apam susu bakar apam pelangi resepi apam kukus biasa apam susu belang
Apam Susu Gebu special untuk miza siap ada inti Bluebery

Bahan-bahan Apam Susu Gebu :

4 biji telur
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar ovellete
3/4 cawan gula halus
5 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara penyediaan Apam Susu Gebu :

Blend telur, esen vanila, ovellete dan gula sehingga kembang, gebu dan putih. 
Kemudian masukkan susu pekat ke dalam blender dan blend lagi. 
Lepastu masukkan tepung dan kacau rata.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut suka hati.
Masukkan bahagian berwarna tadi ke dalam acuan ikut kreativiti masing-masing ok. Kemudian kukus selama 45 minit sehingga masak.

5 comments:

  1. Nampak gebu, geram jer akak tengok..akak suka makan apam...letak kelapa parut banyak2

    ReplyDelete
  2. wow, sedapnya.. kalaulah ada depan mata... akak ni tengah tensyen nak siapkan 5s.. kalau apam ni ada depan mata, mmg terus je ngap... he he he

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tu..minta sikit..hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnyer....dari jauh dah nampak gebu...nak cubalah buat resepi ni nanti..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.