Pak Cik Kupiah Jual Teh Beng Sedap

Pak Cik Kupiah Jual Teh Beng Sedap


Ahad lepas miza dengan BFF siapa lagi kalau bukan  CN  dapat me time dan shopping tudung di Pasar Kemboja Kanchong Darat Banting. Bukan senang sejak jadi mak mak ne nak dapat me time. Punyalah semangat plan dari malam sabtu sampai ke siang ahad tup.. tup pagi tu hujan. Wei sedih kot tapi kalau si miza dan CN ne dah berjanji kitaorang redah jew no..no janji di capati hehhe Pak Cik Kupiah Jual Teh Beng Sedap

Nasib berpihak pada kami hujan beransur renyai dan berhenti wah syoknya jangan cakaplah laju jew kaki melangkah ke setiap gerai di pasar kemboja tu. Jangan tanya mana EE dia ofer diri jaga anak-anak dari ikut miza. Dia cakap seram pergi tempat tak ada resit nanti duit terbang tak nampak. opsss

Pak Cik Kupiah Jual Air Sedap, teh o beng, pasar kemboja banting resepi teh ais vanilla
Pak Cik Kupiah Jual Teh Beng Sedap, encemkan pak cik ne


Dah puas jalan-jalan ke setiap gerai di sini perut pun menyanyi minta simpati. Apa lagi terus singgah gerai Pak Cik Kupiah Jual Teh Beng Sedap. Dari mula-mula sampai dah nampak pak cik ne memang dah niat nak beli tapi pikir nak cari tudung dan selendang dulu jadi misi utama mesti di dahulukan. Poyo jew kan dua beradik ne. 

Serius sedapnya Air Teh Beng pak cik kupiah ne. Rugi pulak beli satu 

bukan air jew sedap ada jual pau menarik. nanti next enteri miza share ye.

Yang pasti Ahad ne nak mai lagi cari Pak Cik Kupiah Jual Teh Beng Sedap  nak beli cup besar pulak. 



Pak Cik Kupiah Jual Air Sedap, teh o beng, pasar kemboja banting resepi teh ais vanilla
muka bahagia dah la dapat me time dapat pulak air teh beng sedap

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Cikgu Iza
admin
November 5, 2017 at 12:27 AM ×

nampak macam sedap... lagi2 kalau cuaca panas, x sedar cup besar cepat je habis kan...

Reply
avatar
November 5, 2017 at 9:28 PM ×

Mmg sedap. Terasa kt tekak pulok, kena repeat lg ni

Reply
avatar