Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin

November 13, 2017

The Three Village Boys


Semalam bertempat di Pusat Kanak-kanak kreatif  Tunku Bainun TTDI, Miza dan anak-anak sempat menghadiri  Perasmian Buku Kanak-kanak The Three Village Boys hasil karya Dr Liza Mydin, 

Pelancaran The Three Village Boys , liza mydin, buku kanank-kanak, The three Village boys, keadilan sosial dalma diri kanak-kanak
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Cantikan Penulis ne

Beliau merupakan naib presiden pematuhan di bank Islam asing di Malaysia, Liza Mydin telah menulis banyak artikel tentang tadbir urus korporat dan tingkah laku etika. Pengalaman dan pemerhatian beliau mengajarnya bahawa akhlak dan etika yang baik adalah bermula dari usia muda. Kesedaran ini menyebabkan Liza menulis buku anak sulungnya, The Three Village Boys, pengembaraan yang menggembirakan tentang keadilan, kebaikan, dan keadilan.



Ibu muda ini berhasrat untuk memberi ingatan kepada generasi muda bahawa hidup ini perlu mempunyai misi yang besar.

Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Bersama maskot

Liza mydin juga merupakan ibu kepada  tiga orang anak menzahirkan harapan agar bukunya dapat menjadi wadah perbualan antara ibu bapa dan anak-anak berkaitan nilai-nilai murni dalam kehidupan, keadilan social berkenaan agihan pendapatan dalam golongan masyarakat dan etika dalam kehidupan seharian.


Majlis pelancaran Buku The Three Village Boys telah disempurnakan oleh Pakar Ekonomi dan Cendiakawan Tersohor dan merupakan seorang yang sangat mementingkan hak keadilan sosial iaitu, Prof Abbas Mirakhor. Turut sama memeriahkan majlis perasmian tersebut para media, rakan-rakan blogger, sahabat handai dan ahli keluarga.
Pelancaran The Three Village Boys , liza mydin, buku kanank-kanak, The three Village boys, keadilan sosial dalma diri kanak-kanak
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Prof Abbas Mirakhor.


Turut sama-sama memeriahkan semasa pelancaran tersebut ialah persembahan StoryTelling dari Shena yang di iringi alunan muzik gambus dan seruling yang mengasyikan serius best sangat-sangat persembahan dorang ne miza bagi 5 bintang 

Pelancaran The Three Village Boys , liza mydin, buku kanank-kanak, The three Village boys, keadilan sosial dalma diri kanak-kanak
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Serius terpukau dengan persembahan dorang

  Ajaran nilai-nilai murni yang diterapkan pada anak-anak kecil akan melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang Dr Liza Mydin

Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Bersama rakan-rakan Bloger

The Three Village Boys

  The Three Village Boys adalah kisah tentang Youssef, Zayyed, dan Omar, yang tidak pernah mengembara di luar kampung kecil mereka. Pada suatu hari,mereka memutuskan untuk menerokai kampung berdekatan. Sepanjang Perjalanan pengembaraan mereka, banyak penemuan tentang cara hidup dan pelbagai jenis ragam manusia. Sebagai contoh, Zayyed bertemu dengan orang-orang yang marah yang suka membuat senjata. Youssef dan Omar menghadapi jurang sosial dan ekonomi di kampung-kampung lain. 
 
Pelancaran The Three Village Boys , liza mydin, buku kanank-kanak, The three Village boys, keadilan sosial dalma diri kanak-kanak
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin

Terdapat  dua elemen penting yang terkandung dalam buku yang di tulis oleh Liza Mydin. 

1- Meningkatkan keupayaan daya imaginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara yang dibawakan oleh tiga budak kampong yang bernama Yuossef, Zayyed dan Omar.
2- Menyingkap persoalan dan perbezaan dalam masyarakat yang terdapat jurang agihan pendapatan dan ketidakadilan yang berlaku hari ini.


Sepanjang Majlis Pelancaran semalam turut disediakan  Pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak  seperti aktiviti bercerita, seni pasir dan dekorasi topi tarbus. 

Pelancaran The Three Village Boys , liza mydin, buku kanank-kanak, The three Village boys, keadilan sosial dalma diri kanak-kanak
Pelancaran buku The Three Village Boys oleh Liza Mydin | Budak dua ketui ne pun teruja baca buku ini

Buku The Three Village Boys, mempunyai 26 halaman kesemuanya, dipaparkan dengan ilustrasi bewarna untuk menjadikan kisah pengembaraan tersebut Iebih menarik


Keluaran pertamanya telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah dijual hingga kini di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble bagi memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.
Bagi edisi terkini, ia didatangkan dengan versi kulit tebal dan boleh dibeli secara online di www.thetvb.com.


6 comments:

  1. Menarik juga jalan cerita buku tu miza. Banyak pengajaran yg boleh belajar dalam buku tu

    ReplyDelete
  2. Best dan menarik buku ni. Sesuai utk ank².. Majlis tu simple but sgt seronok dn byk bnda bru dpt belajar. terpegun dgn storytelling

    ReplyDelete
  3. Menarik.. Sha setuju mengenai penerapan nilai murni pada peringkat awal usia..

    ReplyDelete
  4. Bagus buku nih diterbitkan dengan menerapkan nilai nilai murni.

    ReplyDelete
  5. maybe i should get this as well.

    ReplyDelete
  6. Meriahnya pelancaran ni dengan buku yang menarik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.