Sakit Gigi

November 08, 2017
Sakit gigi jangan buat main-main. Jujur miza cakap sakit bersalin pun tak sakit sangat berbanding sakit gigi. Bukan niat nak berlagak miza tahu setiap wanita yang bersalin mempunyai pengalaman sakit yang berbeza. Ada yang senang semasa mengandung tapi azab semasa bersalin dan sebaliknya. Tapi ikut pengalaman miza sakit gigi tak boleh lawan dengan sakit semasa bersalin.

Sebenarnya miza ne takut nak jumpa Doktor Gigi, dari punca gigi berlubang kecik jew bila ditangguh-tangguh gigi yang berlubang tu semakin melarat dan semakin membesar. 

Hampir setahun jugak miza bertangguh untuk dating dengan Doktor gigi akhirnya awal bulan ne miza terpaksa akur dan serah diri pergi jumpa Doktor gigi. Seram wei dup.. dap.. dup... dap

sakit gigi petua hilangkan sakit gigi berlubang sakit gigi geraham punca sakit gigi cara mengeluarkan ulat gigi cara mengobati sakit gigi berlubang besar cara mengatasi sakit gigi tanpa ubat sakit gusi cara menghilangkan sakit gigi dengan cepat
Sakit Gigi | senyum pun senget hehe
Tengoklah ne sampai bengkak pipi sebelah gara-gara sakit gigi. 

Boleh pulak cik Qilah dan Afiq furqan cakap mama comei pipi bengkak sebelah. Adoi anak-anak

Mula-mula jumpa doktor tu gusi tengah bengkak jadi doktor hanya bagi ubat surutkan bengkak dan antibiotik. Fuh lega gigi ne tak kena gerudi atau playar kew. seram... seram..

Dah seminggu lepas dating dengan doktor gigi tu bengkak dah surut makin sakit pulak gigi ne. Seminggu jugak miza masih bertangguh lagi nak jumpa dengan doktor.

Sampai pergi kerja muka tak boleh senyum lepas tu kena tegur dengan Bos. Kenapa muka kerek sangat sekarang banyak kerja kew. Sabar jewlah dia tak tau yang miza ne sedang menahan sakit gigi sampai muka pun dah tak boleh nak senyum.

Nikmat tidur tu hilang bila sakit gigi melanda. Kejab kejab terjaga adui tak sempat nak mimpi. hehe

sakit gigi petua hilangkan sakit gigi berlubang sakit gigi geraham punca sakit gigi cara mengeluarkan ulat gigi cara mengobati sakit gigi berlubang besar cara mengatasi sakit gigi tanpa ubat sakit gusi cara menghilangkan sakit gigi dengan cepat
Sakit gigi | Selamat tinggal gigi 

Akhirnya selamat tinggal gigi. 

Kerna kau tidur malam ku tak lena
makan tak kenyang
mandi jew basah hehe

Moral of the story Sakit gigi tak boleh buat kawan. Miza nasihatkan korang jangan ikut perangai miza ne suka benar bertangguh buang malu, buang takut sihat itu nikmat.

1 comment:

  1. Betul...sakit gigi...tengkuk pun ikut sakit...cicak bergurau senda tepi dinding pun silap gaya kena marah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.