5 Bahasa Kasih Sayang

December 14, 2017

5 Bahasa Kasih Sayang 

Fitrah manusia saling sayang menyanyangi, kasih mengasihi. Tetapi setiap orang adalah berbeza. Jadi sudah semestinya cara meluahkan perasaan kasih dan sayang setiap orang berbeza. Jom kita tengok apa yang ada pada 5 Bahasa Kasih Sayang

Bila sebut bab kasih sayang ini bukan fokus terhadap pasangan suami isteri sahaja. Kasih sayang diantara setiap ahli keluarga, adik beradik dan juga jiran tertangga. 


5 Bahasa Kasih Sayang ,  petua memikat suami, petua memikat isteri, rahsia rumah tangga bahagia
5 Bahasa Kasih Sayang

5 Bahasa Kasih Sayang 

1- Kata-kata 
Bahasa kasih sayang yang pertama adalah kata-kata. Di sebabkan oleh kemajuan teknologi sekarang ramai dalam kalangan kita sudah jarang bercakap malah lebih senang menggunakan aplikasi WhatApp untuk sebarang perkara termasuklah urusan jemputan kawin sekarang. Jimat kertas tapi bagi sesetengah orang agak kurang adab.

2- Masa Berkualiti
Bahasa kasih sayang yang kedua adalah Masa Berkualiti orang putih cakap Quality Time. Ramai yang sedar perkara ini tetapi tuntutan ekonomi sekarang menjadikan masa sangat-sangat mencemburi kita. Tapi tak kan tak ada masa langsung untuk ahli keluarga kan. Curilah masa sikit untuk tengok muka kesayangan kita sambil buat aktiviti bersama.

3- Hadiah Kecil
Bahasa kasih Sayang yang ketiga adalah Hadiah Kecil. Tak perlu bajet yang besar dan Tidak perlu tunggu hari istimewa untuk beri hadiah kecil kepada yang tersayang. Boleh jew bila-bila masa yang di rasakan sesuai untuk memberi hadiah kepada orang tersayang. Mungkin sekadar sepotong Kek dan Sebuah kad ucapan juga boleh menambat hati dan meningkatkan kasih sayang

4- Perkhidmatan
Bahasa Kasih Sayang  yang ke empat adalah Perkhidmatan. Memang luar jangkaan hanya sekadara Perkhidmatan yang kita beri seperti aktiviti mencuci pinggan mangkuk, tolong sidai baju, Tolong buang sampah juga mampu mempamerkan tanda kasih sayang. Kalau tak percaya kena buat baru nampak hasilnya.

5- Sentuhan.
Bahasa Kasih Sayang yang ke lima adalah Sentuhan. Bila mai bab sentuhan ne jangan pikir lain pulak. Berfikirlah di luar kotak sikit. Sentuhan yang di maksudkan ini adalah tolong picit kepala kew, picit kaki, picit belakang badan kew bila tengok mak atau isteri keletihan. Buat anak-anak kecik pulak kita boleh peluk mereka untuk meluahkan rasa sayang. Tak percaya buatlah. 

Pesanan buat miza juga. Senang nak rujuk bila terlupa nanti. Moga bermanfaat buat semua 

Tips Kesihatan Keluarga 

5 comments:

  1. Gabungkan 5 bahasa kasih sayang ni insyaAllah berkat dan bahagia sentiasa.

    ReplyDelete
  2. Bahasa dalam kita tidak sedar mempunyai impak kepada orang lain secara tidak langsung.

    Oleh itu pilih dan gunakanlah bahasa sebaiknya, kerana perkataan yang digunakan mungkin bakal memberi impak kepada orang lain dan juga seluruh dunia

    ReplyDelete
  3. Ramai yg terlepas pandang bahasa2 kasih syg ni kerana kesibukan kerja dan sebagainya. Kerja sampai bila tak habis kan miza. Kena pandai manage dan ensure kasih sayang sesama keluarga tetap utuh.

    ReplyDelete
  4. Nampak simple tapi impact dia sangat hebat..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.