Menang Besar Di Baby Bash 2017
Menang Besar Di Baby Bash 2017
Miza bersama BFF CN |
Teruja jugak sebab ini kali pertama miza join dan rasanya ini kali terakhir jugak kot. Sebab anak-anak miza lepas ne dah terlepas syarat utama BABY BASH yang miza bagitau mula-mula tadi.
Banyak aktiviti menarik yang disediakan pada BABY BASH 2017, Pastilah aktiviti yang melibatkan anak dan ibubapa.
Acara Pertama pada hari tersebut adalah pertandingan Menari Menggunakan Baby Carier EZBaby. Miza tak sanggup nak join sebab afiq berat wei jadi penonton pun dah terhibur dengan gelagat para ibu yang sporting menari mengikut alunan muzik yang di sediakan.
Lumayan jugak hadiah yang disediakan untuk para pemenang.
Menang Besar Di Baby Bash 2017 |
Aktiviti seterusnya pula adalah tresure hunt. Rupa-rupanya di sekitar Dreamland Playland telah di sorok oleh krew the AsianParent stiker ( Life Buuk ). Hebat dorang ne buat kerja boleh semua orang pun tak perasan ada Stiker ( LifeBuuk ) tersembunyi.
Rezeki miza dapat anak-anak 'mata Helang' dorang yang tolong miza dapatkan Stiker yang tersembunyi tu. Maklumlah dorang dah habis redah Dreamland tadi.
Muka Bahagia jew dapat main seharian dalam Playland ne |
ALeka betui budak dua ketui ne main |
Tengah khusyuk ne nak menang tresure hunt |
Nampak tak bos kecik duk sebelah tu bising cakap cepatlah mama... cepatlah mama
Menang Besar di Baby Bash 2017
Alhamdulillah rezeki miza dan anak-anak kitaorang menang besar hari tu. Sampai MC pun cakap kat miza "eh kenapa ai asyik panggil nama you jew today"Alhamdulillah rezeki anak-anak. Sah sah lah dorang teruja nampak mama asyik duk amik hadiah jew
Yeah hampir complete Chop untuk redeem Goodies Bag yang menarik |
Walaupun tadi miza tak join menari guna baby carier EzBaby yang dalam kotak sebelah kiri tu miza dapat untuk hadiah utama cabutan bertuah.
Yang sebelah kanan tu pulak hadiah tempat pertama Treasure Hunt ( LifeBuuk ) dan menang contest orang pertama upload gambar di media sosial.
Menang Besar Di Baby Bash 2017 |
Secara keseluruhan anak-anak dan miza sangat enjoy dengan aktiviti yang disediakan sepanjang BABY BASH 2017. Korang yang ada anak-anak kecik bawah umur 3 tahun boleh follow rapat-rapat Fb Page dan Instagram theAsianParent Malaysia. Banyak info tentang anak-anak dan keluarga yang dikongsikan, serta ada contest menarik yang selalu di anjurkan.
Wah...tahniah Cik Mijah...menang besar ni..kena ada baby kecik la lepas ni...baby carrier dah dapat dah tu
ReplyDelete