Tiket Makan Manis

December 21, 2017

Mengandung Bukan Tiket untuk makan Makanan Manis 

Tempoh mengandung adalah satu tempoh masa yang kita boleh makan apa sahaja yang kita mahu, tanpa perlu risau tentang berat badan dan diet, makan jew selagi mahu dan mampu. Boleh kata ramai yang mengiyakan kenyataan diatas. Tetapi Mengandung bukan Tiket untuk Makan Makanan Manis

Set Hamil Terbaik 
Tiket Makan Manis , Mengandung Bukan Tiket untuk makan Makanan Manis , jurney peggy

Mengandung Bukan Tiket untuk makan Makanan Manis 


Yang paling best semasa mengandung ne kita boleh pakai tiket 'Mengidam atau Bayi dalam kandungan yang nak' alasan sangatkan. 

Sebenarnya semasa tempoh kehamilan perlu di ingatkan bahawa makanan yang kita makan itu bukan untuk kita seorang sahaja malah  untuk bayi yang dikandung. Apa nutrisi makanan yang kita makan pada ketika itu akan terus dapat kepada bayi. 

Memang best makan makanan yang berkalori tinggi semasa mengandung sebab kita boleh makan sebanyak mana sahaja tanpa perlu risau baju ketat atau ukuran pinggang lari.

Khasiat Bawang Putih

Mengandung Bukan Tiket untuk makan Makanan Manis Risiko untuk Ibu

Pengambilan gula yang berlebihan dalam menu seharian berisiko terhadap kadar kesihatan juga terhadap berat badan serta bacaan gula dalam darah. Lebihan gula dalam badan boleh mengakibatkan  tekanan darah tinggi (pre-eclampsia) semasa mengandung.

Mengandung Bukan Tiket untuk makan Makanan Manis Risiko untuk Anak

Semasa tempoh mengandung, apa yang kita makan bukan sahaja memberi kesan kepada kita malah turut memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.  Risiko jangka pendek boleh mengakibatkan kelahiran pra-matang atau janin yang berlebihan berat badan yang akan menyebabkan kesulitan ketika proses kelahiran. Manakala risiko Jangka Panjang pula boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kencing manis, dan meningkatkan risiko untuk obesiti serta boleh menyebabkan alahan dan asma terhadap anak kelak.

Buat rujukan untuk rakan-rakan yang sedang hamil dan bakal hamil. InsyAllah nanti miza akan kongsikan nutrisi yang terbaik untuk tempoh kehamilan.

Bukan semua wanita berpeluang mengalami pengalaman mengandung, menyusukan  dan melahirkan hargailah setiap detik itu.




Rujukan: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3704911/

1 comment:

  1. Makanan manis bukan waktu pregnant je tak elok, malah setiap masa juga tak elok. Kena berpada makan masa pregnant. Berat naik mendadak pun tak elok utk ibu dan bayi kan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.