Asam Pedas Ikan Sembilang

January 15, 2018

Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang 

Musim sejuk hujan-hujan ne perut kerap sangat berbunyi mintak di isi. Kadang-kadang sampai buntu memikir nak masak apa. Tapi bila mengenang muka cik Qilah dan Afiq Furqan makan dengan berselera musim sejuk ne laju jew kaki ke dapur keluarkan ikan dalam peti yang di pancing EE semalam. Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang
 
Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang

1 ekor Ikan Sembilang
3 Keping Asam Keping
Cili Kering 
3 ulas Bawang Putih
1 ulas Bawang Besar
1 Inchi Halia
1 Inchi Kunyit Hidup
1 Batang Serai ( di titik )
Daun Kari
Halba
Daun Kesum
Bunga Kantan
Tomato ( Belah 4 )
Terung
Bendi

Cara Masak Asam Pedas Ikan Sembilang


Blender lumat bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit. Panaskan minyak masukan halba dan daun kari lepastu masukan bahan-bahan yang di blender tadi tumis hingga garing baru masukan cili kering dan Serai yang telah di titik.  

Kepedasan boleh ikut selera masing-masing jika gemar pedas boleh lebihkan cili kering tapi miza masak untuk anak-anak cili kering sekadar cukup sahaja. Tumis sehingga pecah minyak lepas tu masukan terung supaya cepat lembut. 

Bila terung dah lembut masukan air lebih kurang 1 Litter jika suka pekat air boleh kurangkan, Masukan Bendi dan Ikan Sembilang. 

Akhir sekali sebelum tutup api masukan garam secukup rasa dan Asam keping bersama tomata yang telah di potong.


Resepi Asam Pedas Ikan Sembilang

Mudah jew sebenarnya nak masak Asam Pedas ne yang penting rasa masam, pedas dan masin perlu seimbang baru terasa bila makan sampai tak sedar nasi dah licin dalam pinggan, Lagi pulak di tambah dengan aroma halba, daun kesum serta bunga kantan memang terangkat.  


Miza suka masak asam pedas ne sebab senang boleh campur sayur-sayur senang kerja. Di tambah pulak Asam Pedas Ikan Sembilang ini adalah menu kegemaran anak-anak lagi lah suka miza masak, Selamat Mencuba


Resepi Ikan Kerapu Masak Stim

3 comments:

  1. Fav akak ni Cik Mijah...tapi tak pandai sangat masak asam pedas..x tau la kenapa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.