Agihan Hibah Tabung Haji 2017

February 08, 2018

TABUNG Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017.


Agihan Hibah Tabung Haji 2017, tabung haji umum hibah  tabung haji umum bonus
Agihan Hibah Tabung Haji 2017

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

"Bayaran hibah sebanyak 6.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 93 peratus atau 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji.
"Bagi 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibah sebanyak 4.50 peratus," katanya ketika mengumumkan agihan hibah itu, di sini hari ini.

Untuk rekod, TH mengumumkan 4.25 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.88 bilion.

Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (Pendeposit) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.

Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh pendeposit yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian pendeposit dan/ atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.

Dah semak berapa korang dapat, tak perlu beratur panjang sekarang semua dah boleh on9

Sumber : TH

6 comments:

Powered by Blogger.