Filem Pendek Terbaik Tahun Baru Cina 2018

February 14, 2018

Filem Pendek Terbaik Tahun  Baru Cina 2018


Seiring dengan teknologi yang semakin maju hari ini.  Boleh kata semua orang memiliki gajet pintarkan, alah budak kecik pun dah diberi tab hehe. Selain makan besar aktiviti menonton juga boleh di lakukan secara berjemaah seisi keluarga. Filem Pendek Terbaik Tahun Baru Cina 2018. 

Rasanya selain angpau dan limau yang menjadi simbolik bagi perayaan tahun baru cina aneka filem pendek yang penuh dengan masej yang tersirat juga menjadi salah satu simbolik tahun baru cina. 

8 Filem Pendek Terbaik Tahun Baru Cina 2018

1. Petronas CNY 2018. 

Setiap tahun pasti filem pendek dari Petronas adalah yang di tunggu-tunggu. Apalah ertinya sesebuah perayaan jika disambut dengan hati yang tidak ikhlas. Hargai pengorbanan penat lelah ibu ayah semasa membesarkan kita. Tanpa mereka siapalah kita



  2. Malaysia Airline - MAS CNY 2018

Syarikat penerbagan gergasi di Malaysia. Pernah suatu masa dulu menjadi simbol utama Malaysia dan kebanggaan rakyat Malaysia sehingga kini.  Walau di uji dengan pelbagai ranjau namun tetap setia memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggannya.

3. He Was always alone and Sad until This Happen.

Tak sempurna rasanya bila perayaan disambut secara sendirian. Baik atau buruk keluarga adalah yang terbaik Dan paling dekat dengan kita. 

4. The Coming Together - TNB Chinese New Year 2018.

Seperti kebiasaan filem pendek dari TNB sentiasa di tunggu-tunggu. Walaupun kita tak dapat untuk kembali ke zaman kanak-kanak yang penuh dengan 1001 warna Suka Dan duka akan tetapi memori zaman kanak-kanak tersebut akan terus kekal tersemat dihati. Buat korang yang rindu zaman kenakalan dulu dulu filem pendek dari TNB ini pasti terkesan Figaro.

5. Nissan Malaysia CNY 2018. My one better than your one.

Air dicincang tak akan terputus. Begitulah kuatnya ikatan kekeluargaan. Mengalah tak bererti kalah atau lemah dan yang sentiasa menang dan nombor satu juga tidak semestinya dia adalah yang paling hebat dan terbaik. Walau siapa pun kita hebat mana pun kita Ibu Dan Ayah jangan di ketepikan. Kejayaan dan kekayaan yang dimiliki hari ini adalah doa Dari Ibu dan Ayah. Tanpa mereka siapalah kita.


6. Maybank CNY 2018 - Red Packet

Air di cincang tak akan putus,  malah akan tetap terus mengalir.  Begitulah di ibaratkan ikatan kekeluargaan.  Walau onak duri dan badai yang melada tak akan mampu memisahkan kasih sayang di antara ahli keluarga.  Hanya ajal dan maut sebagai pemisah.  Tak guna banyak wang tapi hati tak tenang, tapi tak boleh jugak tak ada wang hati gundah.  Saksikan filem pendek dari Maybank pasti akan menjentik emosi korang.

7.The Approval : OLDTOWN White coffee CNY 2018.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan yang sedang bercinta. Tak kira apa bangsa musim perayaan adalah masa terbaik untuk kenalkan kekasih hati  pada keluarga. Bukan senang nak ambil hati bakal keluarga mertua. Apa kata korang yang sedang hangat bercinta tu ambil masej yang sarat dalam video pendek ini. Sure bakal keluarga mertua sayang dan say yes 😉.

8. Celcom CNY 2018. 5 sekawan.

Rasanya pasti semua pernah dan mengenali watak 5 sekawan ini.  Miza suka sangat dengan budak-budak dlm 5 sekawan ne. Cukup satu malaysia.  Walupun terdiri dari latar belakang dan budaya serta bangsa yang berbeza tetapi semangat setia kawan mereka sangat utuh.  Walau apa yang terjadi mereka tetap berlima macam jari.  Mesti korang terus check jari kan sekarang hehe. 


Ini adalah sebahagian video pendek sempena Tahun Baru Cina  2018 yang menarik dan menjadi pilihan miza.

Kenapa miza pilih 8, sebab nombor 8 kan Lucky number ikut kepercayaan bangsa cina. 

Pastinya sambil makan kacang dan cookies semasa berkunjung ke rumah Kenalan sempena Perayaan Tahun Baru Cina video pendek ini boleh di tonton bersama-Sama.

Filem Pendek Tahun Baru Cina 2018.

8 comments:

  1. Nani baru tengok satu daripada yang atas tu. Heheh.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok filem pendek musim raya. feeling dia lain macam. sedih sebak dan akhirnya happy ending.

    ReplyDelete
  3. Memang suka tengok filem pendek time musim perayaan. Banyak pengajaran yg tersurat dan tersirat

    ReplyDelete
  4. wah nak kena tengok semuanya ni....eh ada yang KJ berlakon tak?

    ReplyDelete
  5. ambik masa gak nak tengok semuanya.

    ReplyDelete
  6. it's short but also full of message

    ReplyDelete

Powered by Blogger.