5 TIPS KURANG STRES BERPUASA.

May 26, 2018

5 TIPS KURANG STRES KETIKA BERPUASA.


Berpuasa meningkatkan stres dalaman terutamanya bagi mereka yang jarang berpuasa..dan juga mereka yang mempuanyai berat badan berlebihan. Lagi berat lagi tinggi stres.

Stres meningkatkan hormon stres iaitu kortisol. Hormon ini bersama dengan ejen saraf DOPAMIN menyebabkan nafsu makan membuak-buak.

Hormon dopamin lah yang buat kita ketagih teringat-ingat makanan buka puasa.
Jadi macam mana nak hilangkan lapar ni?

3 Keistimewaan Vitamin C
Atasi Stress dengan Bijak
5 TIPS KURANG STRES BERPUASA. puasa bukan untuk stree, puasa bulan beribadah
5 TIPS KURANG STRES BERPUASA.

 5 TIPS KURANG STRES BERPUASA.

1) Jangan buat aktiviti berat. Terutamanya yang obes mungkin nak kurus kan masa bulan puasa. Pelan-pelan. Dah lah awal puasa ni stres bagi orang yang jarang puasa. Korang bantai naikkan stres dengan bersenam pula.
Kena faham, senaman mengurangkan stres untuk jangka panjang. Orang yang sudah biasa bersenam akan kurang stres dengan cepat bila bersenam.
 
2) Tengahari bagus tidur kejap (qailulah) untuk kurangkan stres. Boleh recharge balik tenaga tu.

3) Tidur awal lepas solat tarawikh. Nak bangun tahajjud pun boleh pukul 3 pagi. Waktu tinggi kualiti tidur ialah sekitar 10am hingga 1 pagi kerana hormon tidur (melatonin) tinggi pada waktu ini.
Jika tidur tak berkualiti, ini menganggu sistem kawalan stres dalaman.

4) Buat latihan pernafasan beberapa set di waktu pagi, tengahari dan petang.. Apabila stres, pernafasan kita jadi tak teratur dan pendek-pendek. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus beberapa kali . Insha Allah sangat membantu. 

5) Banyakkan aktiviti ibadah, itu dah cukup exercise dah tu. Banyakkan baca Al-Quran supaya takde lah teringat sangat makanan buka puasa tu :) Membaca Al- Quran juga merupakan senaman otak yang sangat menakjubkan insha Allah.
.
Akhirnya, kita berpuasa ini sebagai tanda taqwa dan mendapat keredhaan dariNya.Semoga mendapat keberkatan darinya insha Allah.



Sumber  : Hafiz Sulaiman 

1 comment:

Powered by Blogger.