Nasi Ayam 7 Minit

May 25, 2018

Nasi Ayam 7 Minit

 Nasi Ayam 7 Minit | Tak sia-sia menabung beli noxxa ne dulu. Boleh pulak semalam balik dari sekolah cik qilah oder nak berbuka makan nasi ayam mama masak. Mama masak tau so miza dah tak de talian hayat nak singgah beli dekat bazar huhu.

Nasi Ayam 7 Minit , nasi ayam noxxa, nasi ayam simple, nasi ayam home made, resepi mudah nasi ayam. resepi nasi ayam mudah, resepi nasi ayam cina resepi nasi ayam sheila rusly resepi nasi ayam hainan resepi nasi ayam madu resepi nasi ayam mudah resepi nasi ayam penyet resepi nasi ayam azie kitchen resepi sambal nasi ayam
Pic Taken By Cik Qilah. Nasi Ayam masih dalam periuk
Demi memenuhi selera anak dara sorang yang baru belajar puasa gigih miza google resepi dan try mix and match mana yang senang dan cepat. Nasi Ayam 7 Minit

Bahan-bahan apa yang ada dalam peti jew, Jadilah janji kenyang seisi keluarga 
Bahan-bahan Nasi Ayam 7 Minit :

1 ekor ayam
3 cup beras
Bawang putih 
Bawang Merah 
Halia
Minyak masak atau Majerin
Daun Sup
Timun
Tomato 
Salad ( sayur tu ikut masing-masinglah ye )

Cara membuat Nasi Ayam 7 Minit  :

1. Blend Bawang putih, halia dan bawang merah 
2. Guna mode Stir-Fry dan tumis bawang dan halia yang dikisar bersama kayu manis dan bunga lawang sehingga garing, kemudian asingkan separuh untuk di masukan dalam nasi.
1. Masukan Ayam tambah air sehingga tenggelam ayam dan cukup untuk di guna masak nasi.
2. Pilih mod HP set 8 minit.


Sup
1. Tambahkan air jika kurang air rebusan ayam tadi.
2. Masukan sedikit serbuk lada hitam
3. Biarkan sehingga mendidih, masukan garam dan daun sup


Nasi Ayam.
1. Basuh beras dan toskan
3. Masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan bahan yang di tumis tadi.
5. Masukkan beras dan masukkan 4 cawan air rebusan ayam. ( ikut jenis beras yang korang guna siapa pandai guna ukuran jari boleh lah panas sikit lah jari )
6. Masukkan garam, kacau dan tutup penutup Noxxa PC
7. Setkan mode Steam 7 minit.


Ayam Goreng
1. Ayam yang ditoskan di gaulkan dengan kicap dan sos tiram.
2. Goreng sehingga garing

Kuah Kicap
1. Baki dari kicap yang di guna untuk ayam di campur 1 senduk air rebusan sup
2. Panaskan sehingga mendidih


Sambal Cili
1. 7 tangkai cili merah dibuah biji
2. 2 ulas bawang putih
 Blender cili merah dan bawang putih masak sehingga mendidih jika nak pedas boleh tambah cili padi sikit. Masukan garam dan biarkan sehingga mendidih. Kalau nak pekat boleh tambah sos cili sedikit


Selamat mencuba



3 comments:

  1. Fuhh menggoda sangat nampak ayam tu. Nak buat nasi ayam jugaklah nanti.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.