5 Tip Bersahur untuk kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan
5 Tip Bersahur untuk kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan
Pantasnya masa berlalu, sedar-sedar kita dah hampir ke penghujung Ramadan. Pastinya 10 malam terakhir ini kita perlukan lebih momentom. Sempena bulan
Ramadan ini miza nak share dengan pembaca blog miza 5 Tip Bersahur untuk kekal
Bertenaga di siang hari. Ramai yang tak gemar bersahur kan tapi yang membezakan puasa orang islam
dan orang bukan islam adalah pada sahur.
Bersahurlah kerana di situ ada keberkatan.
Cik Qilah yang berpuasa masih kekal bertenaga dengan misi cari baju raya |
Rugilah kalau kita puasa tapi tak sahur.5 Tip Bersahur untuk kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan.
Biasanya
bila dah masuk fasa-fasa penghujung ne ramai yang suka skip sahurkan, Apa kata korang cuba tips ne untuk elak dari skip bersahur.Sehingga hari ini miza masih semangat bagun bersahur. Jom try tips ne supaya Ramadan yang berbaki ini tidak di sia-siakan.
5 Tip Bersahur untuk kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan
1- Tidur Awal.
Untuk senang bangun sahur amat di galakan untuk tidur awal. Maka cara terbaik
adalah tidur sejurus selesai solat terawih.
Jangan bazir masa untuk singgah ke mana-mana bazar, yelah bulan puasa ne
ramai orang nak cari duit lebih sehingga sanggup bersengkang mata nak bakar kuih. No no
jangan selalu tidur lewat kalau nak kekal bertenaga pada siang hari
Untuk elakan korang berjaga sehingga lewat malam cuba elakan kafein
semasa berbuka dan juga semasa Moreh. Bila tidur awal senang nanti nak bangun
bersahur.
3- Elakan Makanan tinggi gula
Makanan yang tinggi gula ne makanan yang manis-manis, cuba elakan makan makanan yang mengandungi kandungan
gula yang tinggi semasa bersahur. Ini kerana gula akan di tukarkan kepada karbohidarat
kemudian baru di tukarkan kepada tenaga itupun jika korang banyak melakukan
pergerakan. Kalau jenis kerja di pejabat tu alamatnya memang kerja mengangguk
saja lah nanti.
4- Elakan garam.
Makanan yang mengandungi garam yang tinggi akan mempercepatkan dehydration
yang akan membuatkan korang berasa haus dan cepat dahaga.
5- Makanan yang Berkhasiat
Makanan yang tinggi dengan fiber membantu kita kekal bertenaga sepanjang hari. Terutamanya soluble fiber yang ada di dalam oats boleh membantu memperlahankan proses penghadaman dan pelepasan glukos ke dalam aliran darah, menyediakan bekalan tenaga yang lebih perlahan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
Contoh makanan yang rendah GI adalah OAT.
Oat adalah sajian bijirin yang mengenyangkan. Setiap 100g oat
mengandungi 9.4g serat berbanding beras perang, barli dan tepung gandum. Oat
juga di kenali sebagai `Super Grain` Ia baik untuk sistem pencernaan dan jantung dan membantu membuat anda merasa kenyang lebih lama dan membantu membekalkan nutrisi pada tubuh.
Mesti pening nak pilih mana satu oat yang terbaik dalam banyak-banyak
oat yang ada di pasaran hari ini.
Kalau tanya miza sudah semestinya Jenama Quaker Oats yang menjadi
pilihan miza.
Quaker Oats telah berada di pasaran sejak 140 tahun yang lalu iaitu sejak
dari tahun 1877. Hah Nampak tu bukan baru setahun jagung Jenamam Quaker Oats ne.
Cara miza Bersahur untuk kekal Bertenaga di siang hari.
Miza amalkan minum
Oat yang di bancuh bersama Esp, meal shake dan Performance drink. Simple jew tak penat nak bertung tang tung tang di dapur pagi- pagi buta.
Senang tak
penat miza nak pikir lauk apa untuk bersahur.
Yang paling best tahun ini
merupakan tahun pertama cik qilah belajar berpuasa dan menu bersahur yang
menjadi kegemaran cik qilah adalah sama dengan menu bersahur miza.
Mudah dan
ringkas tapi penuh dengan khasiat dan kekal bertenaga di siang hari.
Korang
kalau nak cuba menu bersahur yang mudah ringkas dan penuh berkhasiat ne jangan
lupa untuk klik link di bawah.
5 Tip Bersahur untuk kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan | Oat bersama teh hijau juga sedap dan sesuai untuk korang yang nak slim semasa raya. |
Selamat
berpuasa dan selamat menjalani Ibadah di bulan Ramadan yang mulia dan semoga kita semua bakal bertemu dengan malam lailatulqadar InsyAllah.
Nak try jugak oat ni..Miza buh apa lagi dalam oat ni, nak bagi sedap...
ReplyDelete