Resepi Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan

June 12, 2018

Resepi Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan

 Bonda Bonding sempena cuti awal sebalum raya. Marah cik qilah dia dah cuti awal tapi mama masih kerja. Nak buat camen mama bukan kerja cikgu anak oi. Mohon bertabah ye.
Mujur sempat lagi projek biskut raya tahun ne. Sibuk betul miza puasa ne Alhamdulillah rezeki darinya tu pasal tak menyempat nak buat awal awal. Sudahnya ne hah baru nak mula buat biskut raya.

Semperit Sukatan Cawan
Biskut Mazola
Biskut 3 Bahan 
Biskut Lemak Biskut Lajen 


Resepi Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan, resepi kuih raya sukatan cawan, biskut raya kegemaran kanak-kanak, biskut raya coklate, resepi biskut semperit, resepi biskut mazola, resepi biskut 3 bahan
Resepi Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan
Disebab kan raya jatuh pada pertengahan bulan jadi sebagai langkah berjimat cermat. Miza buat jew lah beberapa jenis biskut raya. Antaranya Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan Biskut ne kalau beli tak dapat nak jamu orang habis dekat budak dua ketui ne jew.


Bahan Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan


  1.   1 cawan planta atau 250g
  2.   3/4 cawan gula halus
  3.   1 biji telur kuning
  4.   ½ cawan serbuk koko 
  5.   1 cawan tepung jagung 
  6.   2 ½ cawan tepung gandum
  7.   2 sudu besar susu pekat 


Bahan hiasan Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan

  1.   putih telur
  2.   coklat rice

Cara membuat Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan



  pukul planta + gula halus ( tak perlu over just bagi mesra jew gula dan planta tu
  masukkan telur kuning
  masukkan serbuk koko & gaul bagi sebati. 
  masukkan tepung jagung (gaul sebati) 
  last, masukkan tepung gandum 2 bersama susu pekat. ( susu pekat ne untuk rasa lebih lemak dan rapuh biskut ne )
  terapkan adunan mengikut citarasa anda
  tekan sikit bahagian tengah biskut & sapukan putih telur. Kemudian taburkan coklat rice. 
  bakar pada suhu 170c selama 30 minit api atas bawah ikut oven masing-masing

Selamat mencuba Biskut Coklat Rise Sukatan Cawan

2 comments:

  1. Rajinnya Cik Mijah...akak tak sempat nak buat kuih..sibuk dengan kerja..tau- tau nak raya dah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.