Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde

June 01, 2018

Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde


Alhamdulillah dah 15 Ramadan berlalu baru miza sempat nak update resepi Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde. Konon nak try buat kuba guling tapi bila pikir mana nak cari air tempurung tu tak yah lah nak pening-pening buat Buah Melaka sudah lagi senang.

Ini projek kuih berbuka segera miza dengan kakak ipar semalam. Kalau miza sorang tunggu hari cutilah baru nak buat kot

Jom miza share cara mudah Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde

Resepi Apam Gula Hangus
Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde, resepi mudah buah melaka, resepi kuba guling, resepi kuih berasaskan kelapa, resepi kuih kukus


Bahan-bahannya Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde:


4 cawan tepung pulut


Gula melaka secukupnya

air secukupnya

Kelapa parut

Sedikit garam

Daun pandan / Pewarna Hijau



Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde, resepi mudah buah melaka, resepi kuba guling, resepi kuih berasaskan kelapa, resepi kuih kukus
Pakai gula melaka jew senang nanti cair dalam mulut
Gula melaka di potong Nipis-nipis untuk senang makan nanti dah masak cair jew dalam mulut. Serius sedap 
Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde, resepi mudah buah melaka, resepi kuba guling, resepi kuih berasaskan kelapa, resepi kuih kukus
Kelapa yang telah di kukus dengan secubit garam untuk rasa berlemak
Kukus kelapa dengan sedikit garam untuk rasa lemak dan tahan lama. tak kukus pun tak pe janji terus makan jew 
Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde, resepi mudah buah melaka, resepi kuba guling, resepi kuih berasaskan kelapa, resepi kuih kukus
Doh yang telah di bancuh dengan air kosong dan pewarna hijau. Kalau pakai daun pandan lagi terangkat bau semasa rebus nanti. Takpelah nak cepat
Tepung Pulut yang telah di uli dengan air kosong. Nak tahu sedang elok doh ne pegang cuping telinga doh lembut ala-ala cuping telinga. Ada orang campur dengan tepung gandum tapi miza pakai tepung pulut sahaja.

Resepi Nona Manis 
Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde, resepi mudah buah melaka, resepi kuba guling, resepi kuih berasaskan kelapa, resepi kuih kukus
Besar ke kecik bergantung pada banyak gula melaka yang nak di isi. Tapi kalau besar sangat dah rupa kuih bom bukan buah melaka
Uli bulat-bulat dan masukan di tengah-tengah gula melaka yang telah di potong tadi
Resepi Buah Melaka a.k.a Onde-Onde, resepi mudah buah melaka, resepi kuba guling, resepi kuih berasaskan kelapa, resepi kuih kukus
Sesi beramah mesra sementara tunggu air mendidih. nanti kubang sama-sama ye. siapa naik dulu dia menang heeh
Sementara nak tunggu air mendidih miza letak buah melaka yang dah siap di uli dalam pinggan yang di letak minyak untuk elak melekat pada pinggan.

Tips tak nak buah melaka  melekat masa rebus nanti masukan sedikit minyak masak semasa merebus. Nak tahu macam mana dah masak yang dah timbul tu dah masaklah dan angkat toskan air masukkan dalam kelapa yang telah di kukus bersama sedikit garam.

sedia di hidang. Jimat duit dari beli dekat bazar. Sehingga hari ne miza masih berpuasa dari pergi bazar Alhamdulillah.



4 comments:

  1. fav sha ni. selalu juga tolongmakcik buat sbb senang

    ReplyDelete
  2. resepi ibunda yang harus kita pertahankan, sedap makan, meletop intinya dalam mulut kan miza :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.