Alam Ria PASTI 2018

July 30, 2018

Alam Ria PASTI 2018 

Tahniah buat semua Tenaga Pengajar PASTI di Seluruh Malaysia. Pastinya semalam adalah pengalaman baru buat cik qilah. Alam Ria PASTI 2018

Alam Ria PASTI 2018, PASTI KAWASAN KOTA RAJA, ANAK-ANAK PASTI, SENARAI PASTI KOTA RAJA,
Posing dulu sebelum dewan penuh dengan tetamu

Bertempat di Sekolah Rendah Agama Bukit Naga (SRA ) selaku tuan rumah bagi Alam Ria Pasti Kawasan Kota Raja. Seawal jam 8 pagi kitaorang dah terpacak menunggu cikgu dan rakan-rakan yang lain, excited lebih pergi sendiri taknak saing dengan cikgu hehe. Meriah betul tengok anak-anak PASTI ne.

Alam Ria PASTI 2018, PASTI KAWASAN KOTA RAJA, ANAK-ANAK PASTI, SENARAI PASTI KOTA RAJA,
Alam Ria PASTI 2018

Kalau korang nak tahu Alam Ria PASTI ialah pertandingan diantara Anak-anak PASTI. Yang bagusnya dengan adanya Alam Ria PASTI dapat mencungkil banyak bakat-bakat cilik yang terpendam dalam diri anak-anak PASTI dan menjadikan mereka ini berani di Khalayak ramai. 

Sebanyak 7 acara dipertandingkan semalam iaitu pertandingan Nasyid, Kalam Jamaie, Azan, Hafazan, Deklamasi Sajak, bercerita serta pidato

Alam Ria PASTI 2018, PASTI KAWASAN KOTA RAJA, ANAK-ANAK PASTI, SENARAI PASTI KOTA RAJA,
Alam Ria PASTI 2018

Alam Ria PASTI 2018, PASTI KAWASAN KOTA RAJA, ANAK-ANAK PASTI, SENARAI PASTI KOTA RAJA,
Alam Ria PASTI 2018 | antara kumpulan nasyid yang membuat persembahan

Alam Ria PASTI 2018, PASTI KAWASAN KOTA RAJA, ANAK-ANAK PASTI, SENARAI PASTI KOTA RAJA,
Antara anak-anak pasti yang megambil bahagian. Alam Ria PASTI 2018


Dalam banyak-banyak acara yang di pertandingkan semalam cik qilah terpilih untuk masuk acara Nasyid. Acara nasyid ne paling di tunggu-tunggu dan hampir semua cawangan PASTI hantar penyertaan surelah persaingan sengit.

Alam Ria PASTI 2018, PASTI KAWASAN KOTA RAJA, ANAK-ANAK PASTI, SENARAI PASTI KOTA RAJA,
Sesi latihan terakhir sebelum naik kepentas buat persembahan

Sedih betul tengok muka cik qilah yang kecewa bila nama pemenang di sebut satu demi satu tapi nama PASTI cik qilah tidak di sebut. 

Tak pe kakak, adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun kecundang tapi di hati mama kakak dah jadi Johan. Mama pun rasa bangga tengok kakak berani siap jadi ketua kumpulan nasyid.

InsyAllah tahun depan kakak cuba lagi ok.

Alam Ria PASTI 2018, PASTI KAWASAN KOTA RAJA, ANAK-ANAK PASTI, SENARAI PASTI KOTA RAJA,
Muka kecewa, eh si afiq pun kecewa jugak kew


Alam Ria PASTI merupakan acara tahunan yang diadakan di seluruh negara, menjadi platform mengasah bakat serta kebolehan para pelajar PASTI.

Para peserta yang berjaya di peringkat kawasan akan berentap di Alam Ria PASTI Peringkat Negeri


Alam Ria PASTI 2018, PASTI KAWASAN KOTA RAJA, ANAK-ANAK PASTI, SENARAI PASTI KOTA RAJA,
inilah piala yang cik qilah kempunan tu


2 comments:

  1. comel sangat qilah pakai jubah nyanyi nasyid, mesti gigih dia practice dekat rumah kan? :P

    ReplyDelete

Powered by Blogger.