Resepi Ikan Cencaru Sumbat

August 01, 2018

Resepi Ikan Cencaru Sumbat


Bila hari-hari nak masak kadang boleh jem jugak nak fikir apa menu untuk hari ini esok dan seterusnya. Lagi pulak bila dapat anak-anak dan suami yang punyai citarasa yang berbeza. Hurmmm sabar miza boleh kumpul pahala banyak siapkan makan untuk anak-anak dan suami. Acah-acah isteri solehah pulak InsyAllah amin.

ok tak nak tersasar jauh sebenarnya miza nak share resepi Ikan cencaru sumbat cara miza. Menu ne paling senang bila dah buntu sangat nak masak apa. Nasib jugak budak dua ketui budak ne pemakan makanan laut. Jadi kalau masak ikan hari-hari pun dorang ok. Jangan masak ayam hari-hari sure tak laku bazir masa, bazir tanaga jew. Dorang tak nak makan punya.


resepi tumis Jawa Bersantan
Ikan Gelama Masak Tauchu
Sotong Bakar Berlada
Ikan Cencaru Sumbat , resepi ikan cencaru sumbat, resepi kelapa sumbat dalam ikan, resepi inti cucur badak, resepi inti pulut panggang, resepi ikan bakar, ikan cencaru, ikan jaket, resepi ikan goreng
Resepi Ikan Cencaru Sumbat

Bahan-bahan Resepi Ikan Cencaru Sumbat  :


4 ekor Ikan cencaru di belah belakang

* Cili kering
* Bawang besar 
* Serai
* Kunyit hidup @ serbuk kunyit
* Bawang putih
* Udang Geragau
Gula
Garam
Kelapa parut


Blender semua bahan-bahan yang bertanda *. 
Panaskan kuali tumis sehingga garing lepas tu baru masukan kelapa parut dan seimbangkan rasa gula dan garam. 

Dah agak-agak kering dan dah masak boleh sujukan dan sumbat dalam ikan cencaru yang telah di belah belakang tadi. 

Panaskan kuali dah goreng lah ikan cencaru sumbat tadi. 

Makan dengan nasi putih jew pun dah kenyang


Inti kelapa ne boleh jugak di buat pulut panggang dan cucur badak. 


Selamat Mencuba 

5 comments:

  1. nyum2 sedapnya.. thanks share akak :)

    ReplyDelete
  2. akak klu nak masak ikan cencaru sumbat ni, masa beli kena bitau dengan penjual tu belah siap2 kat blkg..tak reti nak belahnya...simple la inti kelapa miza ni..boleh la cuba nnti...

    ReplyDelete
  3. Lamanyaa tak buat cencaru sumbat macam ni. Sedap kan!

    ReplyDelete
  4. Favorite menu kat umah mak ana. Cicah dengan sambal cili kicap memang padu sangat. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.