MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

October 22, 2018



MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI ~Lindungi si manja dengan CARRIE MOZZIBUSTER



Demam Denggi dan Chikungunya merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyebaran wabak ini dapat dikurangkan sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mencegah penyebaran dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk dan memastikan langkah pencegahan nyamuk diamalkan. Terdapat sesetengah individu mengambil ringan kerana beranggapan demam Denggi adalah penyakit yang dapat disembuhkan dan ada yang pernah terselamat. Hakikatnya penyakit ini boleh merebak menjadi demam Denggi yang lebih parah, atau demam Denggi berdarah yang mampu membawa kepada situasi yang mengancam nyawa pesakit yang menghadapinya!

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT Lindungi si manja dengan CARRIE MOZZIBUSTER Senarai Harga CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
Sebagai Ibu bapa tidak dapat meramalkan bila anak-anak dan ahli keluarga akan kena dengan jangkitan Demam Denggi,  dan satu-satunya cara adalah dengan melindungi keluarga daripada nyamuk sepanjang masa. Selaras dengan fakta[1] dari WHO, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca darinya. KKM juga turun menyarankan penggunaan penghalau menyamuk agar kekal terhindar dari serangan nyamuk[2]


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menekankan kepentingan mencegah penyakit sebelum ia terjadi kerana kadangkala apabila penyakit diketahui, ia sudah terlalu lambat untuk mendapatkan rawatan. Hal ini termasuklah pencegahan terhadap penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Statistik terkini daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan sejumlah 26,209 kes Denggi termasuk 37 kes yang mengakibatkan kematian berlaku dari 31 Disember 2017 sehingga 6 Jun 2018. Kiraan purata pula menunjukkan sebanyak 5240 kes berlaku setiap bulan sepanjang tempoh tersebut. Selain Denggi, terdapat lebih daripada 67 kes penyakit Chikungunya telah dilaporkan dalam tempoh yang sama.



MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT Lindungi si manja dengan CARRIE MOZZIBUSTER Senarai Harga CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT


Salah satu cara berkesan bagi memastikan agar nyamuk tidak mengganggu adalah dengan menggunakan penghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dan CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection, telah diuji agar dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Disamping itu, produk ini telah menjalani proses pembangunan produk yang teliti dan berdaftar dengan badan-badan pentadbiran iaitu Lembaga Racun dan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia diuji dan diperakui agar ibu bapa kekal yakin bahawa produk ini mematuhi piawaian keselamatan produk.


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT Lindungi si manja dengan CARRIE MOZZIBUSTER Senarai Harga CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL.


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT Lindungi si manja dengan CARRIE MOZZIBUSTER Senarai Harga CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions di datangkan dengan saiz 50ml dan 100ml boleh didapati dalam pek mudah dibawa.



 CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.


Senarai Harga CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion :

  1. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.35(Semenanjung)/ RM 9.85 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.10 (Semenanjung)/ RM 14.75 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 100ml. 
  2.  CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 9.95 (Semenanjung)/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.65 (Semenanjung)/ RM 15.40 (Sabah & Sarawak) for 100ml





 Tentang WIPRO UNZA



Sejak 1980 Kumpulan WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio berjenama yang sangat meluas dipasaran Asia mengenai produk penjagaan diri dan isi rumah. Berpangkalan di Singapura, Kumpulan ini mengeluarkan dan memasarkan jenama terkemuka merentasi 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan seantero.



WIPRO UNZA memegang sebanyak 24 jenama portfolio. Jenama utama WIPRO UNZA termasuklah ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.



Kebanyakan produk WIPRO UNZA tersenarai kedudukan teratas dalam pasaran oleh kerana jenama tersebut direka khas untuk pengguna Asia.

2 comments:

Powered by Blogger.