Resepi Bihun Sup Ayam Mudah

October 08, 2018

Resepi Bihun Sup Ayam Mudah 

Hujan-hujan ne perut sentiasa berdondang sayang. Lagi-lagi dapat anak dua ketui yang dah pandai order. Mulut tu bising jew sibuk tanya mama kedai mama buka ke tutp hari ne. Alahai anak-anak kedai mama always open bila korang mengoder. Resepi Bihun Sup Ayam Mudah 

Gigih jugak mama cuba google bila dorang ne oder menu pelik atau jarang-jarang masak. Bukan rajin mana pun tapi ada satu perasaan bila tak dapat nak penuhi permintaan anak-anak susah nak cakap. Dulu bujang tak hati tisu sangat hehe. Tapi kalau malas ke kedai jugak 

Resepi Bihunn Sup Ayam Mudah RESEPI BIHUN SUP MUDAH resepi bihun sup daging resepi bihun sup azie kitchen resepi bihun sup ayam utara resepi bihun sup utara mee sup ala cina resepi bihun sup terengganu resepi mee sup telur resepi bihun sup kelantan
Resepi Bihun Sup Ayam Mudah

Bahan-bahan Resepi Bihun Sup Ayam Mudah


Isi dan kaki ayam
1 sup bunjut
1 Paket Bihun

7-8 biji bawang merah ( mayang )
5 ulas bawang putih ( ketuk )
2 inci halia ( ketuk )
Lada putih


Daun bawang
Daun sup
Cili Padi
Bawang goreng
Tauhu
Taugeh ( nak celur boleh nak mentah pun boleh bila dah kena dengan sup panas lembut jugak )

Cara-cara memasak Bihun sup ayam Resepi Bihun Sup Ayam Mudah


1- Rebus ayam dan kaki ayam bersama sup bunjut, lada putih dan bawang, halia dan bawang putih, ada yag suka tumis dulu tapi miza tak suka sebab bila kita rebus ayam tu sendiri akan keluarkan minyak.

2- Masuk kan garam( rasa ikut tekak korang )

3-Tutup api dan kemudian hiris daun bawang dan daun sup. ok dah settle bab sup.

4- Rendam atau rebus bihun bagi lembut kemudian toskan

5- Goreng Tauhu sehingga kekuningan, dah sejuk potong nipis-nipis senang nak makan.
 
6- Goreng isi ayam dah sejuk boleh carik-carikan ( untuk hiasan jew )

6- ( cili kicap ) Blend cili padi bersama bawang goreng dan kicap tambah sikit sup yang dah siap tadi lagi sedap. 

Ok done dah siap selamat menjamu selera.
 
 Beriya jew bahan-bahan hiasan tu sekali budak dua ketui tu makan betul-betul bihun dengan sup jew.

3 comments:

  1. sedapnyaaa Mizaa...rasa nk bawa mangkuk gi tadah heehehe

    ReplyDelete
  2. Yang simple yang anak- anak suka tu yang puas hati ibu or mama buatkan ye tak..anak dara akak tu macam tu la..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.