Alhamdulillah Tok Wan dah sihat

November 19, 2018

Alhamdulillah Tok Wan dah sihat 

Pantasnya masa berlalu Alhamdulillah Tok Wan dah sihat hampir seminggu Tok Wan dah selamat discharge dari Hospital Parit Buntar ekoran Anemia. Jangan main-main bahaya bila anemia @ darah kurang salah satunya boleh pitam atau pengsan bila-bila masa di mana jua.

Sempat Tok Wan Peace demi anak-anak dan cucu tak nak bagi kitaorang risau

Masa dapat tau Tok Wan kena warded tu Allah sahaja yang tau macam mana perasaan waktu tu. Nak terus balik cuti dah takde lepastu Cik Qilah pulak hari last ada peperiksaan kesian pulak nanti dekat result dia, di tambah pulak EE ada Final Stock Take. Ish macam banyak betul alasannya tapi itu semua tidak menghalang miza tetap tekad keesokan harinya balik kekampung melawat Tok Wan.


Alhamdulillah Tok Wan dah sihat

Nak cerita bab balik kampung pun macam kelakar jugak sebab kali ne memang tak plan lepas tu selalu balik kampung dengan EE tapi kali ne miza balik kampung dengan BFF merangkap kakak miza siapa lagi CN lah. Kitaorang balik berdua dengan budak empat ketul tu memandangkan laki masing-masing tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat di elakan. Its ok pengalaman baru balik kampung yang penting suami masing-masing dah bagi keizinan.
Posing 5 beradik sebelum kena halau dengan Pak Guard jam dekat belakang tu dh pukul 7 malam | Alhamdulillah Tok Wan dah sihat

Alhamdulillah kitaorang selamat sampai ke kampung lewat petang sabtu sejurus habis event di Sunway Pyramid. Bukan tak nak gerak awal tapi bila dah tepon dan cakap sendiri dengan Tok Wan dah tau keadaan Tok Wan tak begitu serius. Doktor tahan sebab masa check bacaan darah sangat rendah sangat dan demi mengelakan dari pekara yang tidak di ingin berlaku.

Posing sebelum Tok Wan di benarkan pulang. Hover macam sepital tu rumah sendiri pulak

Alhamdulillah tamat sudah penginapan 4 hari 3 malam Tok Wan di Hospital Parit Buntar. Bila hari isnin Doktor sah kan keadaan Tok wan dah stabil dan boleh balik rumah. Happynya cucu-cucu 4 orang tu jangan cakaplah bila tau Tok Wan dapat balik rumah.


inilah pemilik nama Miza dan Talib | Alhamdulillah Tok Wan dah sihat


Set Tambah Darah Shaklee 



1) Vita-Lea with Iron Formula
 
Kenapa Iron penting untuk tambah darah?

Perlu difahami bahawa masalah low HB/Anemia?kurang darah adalah disebabkan oleh kegagalan badan membentuk sel darah merah. Pembentukan sel darah merah memerlukan oksigen. Oksigen memerlukan agen pengangkut dan pengangkut oksigen dalam darah ialah Iron!!

Tanpa agen pengangkut, oksigen tidak dapat dibekalkan untuk pembentukan sel darah merah yang menyebabkan anemia yang akhirnya pada tahap tertentu boleh mengancam nyawa.

2) B-Complex with Folic Asid
 
Tambahan dos B-12 dan asid folik dalam nutrisi harian.

Vitamin B-12 merupakan vitamin terpenting untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang sihat dan sempurna.

Asid folik pula untuk pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel yang sempurna.

Kenapa perlu B-Complex sedangkan hanya B-12 dan asid folik (B9) yang diperlukan untuk mengatasi masalah anemia?

Perlu difahami bahawa setiap vitamin B, terutama 8 vitamin terpenting dalam B-Complex saling menyokong fumgsi utama satu sama lain. Adalah penting untuk mengambil kesemua 8 vitamin B untuk keseimbangan fungsi dalam badan.

3) Sustained Release Vitamin C
 
Membantu penyerapan zat besi, asid folik & B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya mensia-siakan pengambilan vitamin tambah darah. Lengkapkan kesemua keperluan untuk memastikan penyembuhan menyeluruh.





Wassup : 017-3687028 
 Email : mizzmia27@gmail.com 
 FaceBook : Miza Talib  
Instagram : Miza_Talib

2 comments:

Powered by Blogger.