Resepi Nona Manis Sukatan Cawan

May 13, 2019

Resepi Nona Manis Sukatan Cawan 

Bulan puasa ne ada setengah orang tak suka makan nasi lebih gemar makan kuih muih semasa berbuka. Disini miza nak share Resepi Nona Manis Sukatan Cawan versi warna-warni. Lebih jimat bila buat sendiri berbanding beli tapi kalau rajin tak mari beli jelah di bazar-bazar Ramadan. 

Resepi Onde-onde 
Resepi Apam Sukatan Cawan  
Cornflake Madu Karamel  

Resepi Nona Manis Sukatan Cawan  resepi nona manis perisa jagung Resepi Nona Manis Sukatan Cawan perisa kacang merah Resepi Nona Manis Sukatan Cawan  Resepi Nona Manis warna warni  aneka resepi kuih kukus harga kuih nona manis  resepi nona manis guna cawan  resepi nona manis chef asma  resepi nona manis tanpa telur  resepi nona manis gula merah  seminit resepi nona manis  nona manis tv3 kuih nona manis kalori
Resepi Nona Manis Sukatan Cawan

Bahan A 
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan Tepung
2 cawan santan guna santan KARA ~ cik mijah ingkar pakai santan perah jew
Pukul telur hingga kembang.
masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Campurkan dengan telur dan kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B
1 cawan santan pekat
1 cawan air pandan  (ambil 7 helai daun pandan dan kisar Kemudian tapis )
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple


Ambil daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis

Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam,  dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berketul-ketul
kemudian masak dengan api sederhana hingga ia likat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B

Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih


- jika nak tukar perisa jagung atau apa-apa perisa lain boleh tukar pandan pada bahan B

Bahan C
3 cawan santan

3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara-cara membuat nona manis sukatan cawan


Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Biarkan suam sikit dan masukkan dalam  piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik ) nak senang masuk jew dalam botol sos picit settle.

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Oleskan acuan lompang dengan minyak masak
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh acuan cawan lompang
Kukus selama 10 minit
Sedia untuk di hidang









Jika anda mahu mendapatkan Supliment Shaklee dengan harga super jimat hubungi miza

Wassup : 017-3687028
Email : mizzmia27@gmail.com
FaceBook : Miza Talib
Instagram : Miza_Talib

2 comments:

  1. Nampak macam senang kan...akak bab buat kuih mmg failed

    ReplyDelete
  2. hey !! pandainya awak buat kuih.. kenapa lah kita bukan jiran.. hee~

    ReplyDelete

Powered by Blogger.