Kuih Lapis Sukatan Cawan Sure Jadi

November 19, 2019


Kuih Lapis Sukatan Cawan Sure Jadi. Senang rupanya nak buat Kuih Lapis sangkaan miza susah dan melecehkan tapi musim hujan ne perut dan tekat mengada tak kira masa gigih juga bertapa di dapur setelah tanya Mr Google dan beberapa kenalan yang handal ilmu masakan deme demi merialisasikan impian anak tekak miza haha poyo kan. Kuih Lapis Sukatan Cawan Sure Jadi 

Kuih Lapis Sukatan Cawan Sure Jadi 

Inilah hasil Kuih Lapis yang sempat miza buat dapatlah buat sarapan untuk EE bawa bekal dan selebihkan beri pada jiran, miza nak rasa sepotong dua jew nak beli hari hujan memang tak rajin nak basah lencun dan redah hujan. Ada hikmah musim hujan ne mood rajin pun macam suka je bertapa dalam badan miza hehe.  

Resepi Karipap Sardin
EE cakap warna pucat tapi miza cakap ok lah sedap mata memadang pink lembut selembut jiwaku hahhaha kan dah tersasau - Kuih Lapis Sukatan Cawan Sure Jadi

 Bahan Kuih Lapis Sukatan Cawan Sure Jadi

2 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung Gandum
5 cawan Santan
1 cawan Gula Halus ( Kalau korang suka manis boleh tambah lagi sukatan gula ikut level manis korang )
secubit garam

Blend semua bahan-bahan di atas dah bahagi kepada berapa bahagian warna dan perisa yang korang nak lapiskan.
Didihkan air kemudian bila air dah mendidih kecilkan api masukan aduan dalam loyang secara berselang seli selepas 5 hingga 7 minit. Bila dah habis semua aduan di masukan kukus sehingga 30 minit lagi 

* Pastikan korang tutup penutup kukusan dengan kain untuk elak air menitik dan merosakan permukaan kuih Lapis korang tu nanti.

Resepi Kuih Keria Lembut
Resepi Nona Manis sukatan Cawan
Berguna jugak lampin anak-anak miza simpan. Lampin ne bersih tau cari tuala dan kain nipis semua tak jumpa time ne. - Kuih Lapis Sukatan Cawan Sure Jadi



1 comment:

  1. miza , kak ana kan dalam banyak2 kuih tradisional hat ni laa paling failed, tak pernah menjadi dah berapa kali try huhu :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.