Peminat Setia #KedaiMama

November 01, 2019

Peminat Setia #KedaiMama


Peminat Setia #KedaiMama. Korang jangan salah anggap pulak #KedaiMama tu sebenarnya adalah bahasa budak dua ketui dekat rumah ne. Asal miza masak macam sedap sikit menu ala-ala kedai nanti mula lah deme kecoh wah #kedaimama. Hakikat yang sebenarnya mama deme ne tak pandai masak pun main campak-campak je kalau try resepi google nanti akan ada arahan yang di ingkarinya lepastu bising masak tak menjadi. Siapa perangai macam ne kita geng.

Peminat Setia #KedaiMama Nasi Goreng Tom Yam Perencah Adabi Perencah Tom Yam Adabi
Peminat Setia #KedaiMama
 Kisahnya semalam miza dah text EE dinner Subway je sempena hari Subway sedunia tapi EE cakap dia ada closing kena balik lambat, Sure budak berdua ne ne nanti berkicau sementara nak tunggu EE balik lepas magrib. Sebabnya miza dah ajar dorang ne dinner sebelum magrib senang boleh masuk tido awal. Deme kan sekolah tak elok tidur lewat. Tapi idok ler miza ne pembaris sangat hari cuti ada lah pengecualian tidur awal tu.

Peminat Setia #KedaiMama Nasi Goreng Tom Yam Perencah Adabi Perencah Tom Yam Adabi
Peminat Setia #KedaiMama

Tak jadi dinner Subway miza masak Nasi Goreng Tom Yam guna perencah Tom Yam Adabi. Cik Qilah memang gemar Tom Yam tapi bahan-bahan banyak tak cukup yang ada cuma udang dan Sotong dan perencah Tom Yam sahaja jalan pintas Miza buat Nasi Goreng settle dinner untuk semalam. Nasib baik tak berjanji dengan budak dua ketui ne kalau tak jenuh deme tuntut nak subway

6 comments:

  1. air tangan mak mana yang x sedap ? semudah telur goreng pun kalo mak yang gorengkan jadi peergh lazat menjilat jari. hehe..

    ReplyDelete
  2. Ohhh kedaimama..ingatkan nama kedai mkn ke apa hehe
    salam kenal sis..

    ReplyDelete
  3. Mati- mati ingat pi makan kat kedai mama somewhere...hahahah..kedai mama dia laaa..mama dia sendiri masak...

    ReplyDelete
  4. Sedap! Suka nasi goreng macam ni. simple dan mudah.

    ReplyDelete
  5. masakan mama memanglah masakan yg terlazat dlm dunia ni...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.