Percutian singkat di De Art Hotel Usj Subang Jaya
Percutian singkat di De Art Hotel Subang Jaya
Cuti sekolah bakal berakhir tak sempat nak bawa budak dua ketui ne staycation mana-mana di sebabkan cuti tahun miza dah habis awal oleh hal-hal yang di luar kawalan. Tapi di sebabkan dah berjanji dengan anak-anak gigih jugak miza dan EE menggoogle. Hasilnya kitaorang berkenan dan memilih untuk Percutian singkat di De Art Hotel Subang Jaya. Sebenarnya staycation ne sebagai tanda bayar hutang Cik Qilah nak tidur
hotel tahun lepas .
Percutian singkat di De Art Hotel Subang Jaya |
Setiap cawangan Hotel De Art ni menampilkan tema yang
berbeza-beza dan setiap bilik juga
mempunyai temanya yang tersendiri. Dalam banyak-banyak cawangan De Art Hotel
cawangan di Subang Jaya menjadi pilihan miza sekeluarga sebabnya tiap kali
menghala ke Puchong kitaorang mesti akan melintasi De Art Hotel. Dan tiap kali
melewati De Art Hotel budak dua ketui ne mesti teruja. Walaupun hanya melalui
mural di dinding anak-anak dah cukup teruja untuk merasai pengalaman staycation
di De Art Hotel.
De Art Hotel Usj Subang jadi pilihan
Kalau korang nak tahu De Art Hotel, Boutique Hotel ini merupakan 1st Malaysian Art
Theme Hotel atau hotel bertema seni pertama di Malaysia dan telah menerima
Anugerah Emas bagi kategori Creative & Innovative Boutique Hotel anjuran
Malaysia Taurism Council Gold Award pada tahun 2018.
Antara anugerah yang telah di terima pihak De Art Hotel |
De Art Hotel Usj Subang jadi pilihan
Berkonsep Dalam Taman dari luar lagi korang akan di sambut
dengan 3 ekor kambing biri-biri hitam yang comel, Jangan takut bukan kambing
betul pun sekadar patung yang boleh di tumpang duduk oleh anak-anak dan mama. Tapi make sure berat korang bersesuaian dengan fizikal biri-biri tu.
Antara mural yang menarik ada di De Art Hotel Usj Subang |
Jauh menung budak dua ketui ne |
Apa lagi di tambah dengan buaian gantungnya yang di hias
daun daun kelihatan macam dalam hutan. Serius cantik korang kena datang dan
rasai sendiri pengalaman yang miza cerita ne. Nasib baik orang tak ramai
sementara tunggu EE dapat kunci bilik apa lagi posing lah dekat ruang lobi yang
cantik dan unik berkonsepkan dalam taman siap ada replika unggu api ish memang
menarik dan sangat kreatiflah dorang ne.
Dah puas bergambar di lobi jom kita tengok bilik pulak. Ish tak sabar ne
Sementara nak tunggu lift pun ada tempat boleh OOTD - Percutian singkat di De Art Hotel Usj Subang Jaya |
Bilik kitaorang di tingkat 2 tapi jangan risau hotel ne ada lif jadi tak sempatlah peluh jantan nak
keluar tau tau dah sampai tingkat dua.
Percutian singkat di De Art Hotel Usj Subang Jaya |
Puas hati sangat dapat bilik luas siap dapat katil queen dua satu surelah untuk budak dua
ketui tu dan ofcouze satu lagi untuk miza dan EE lena lah tido kitaorang malam
ne dengan penghawa dingin di tepi katil. Cukup selesa untuk kami berempat. Alhamdulillah.
Terpaksa tapau makanan sebab budak dua ne tak nak keluar syok sangat duk dalam bilik ne |
Jangan risau kalau korang nak main terjah untuk stay di De Art
Hotel ne, sebabnya dorang dah siapkan untuk setiap pelanggan yang menginap dengan dental kit, shampoo, sabun, serta sebuah hair dryer itu baru kelengkapan dalam bilik air. Bukan itu saja turut di sediakan wifi percuma, cerek bersama air segera untuk korang minum sambil santai menonton siaran Astro secara percuma. Sempatlah kitaorang anak beranak layan Movie Pearl Halbor pergh rasa macam tengok wayang jew selesa sangat sambil makan-makan minum di sofa yang cantik dan empuk ne.
Percutian singkat di De Art Hotel Usj Subang Jaya |
Percutian singkat di De Art Hotel Usj Subang Jaya |
Percutian singkat di De Art Hotel Usj Subang Jaya |
Eh lupa pulak nak bagi tau di pantry ada microwave dan filter air untuk kegunaan pengunjung De Art Hotel di tepi ne pulak ada di jual ais crem malaysia ala ais cream batang yang pelbagai perisa tu pilihlah nak yang mana lepastu sila bayar di kaunter ye.
Rangkaian
Hotel De Art juga terdapat di
Shah
Alam Seksyen 7
Shah Alam Seksyen 9
Shah Alam Seksyen 9
Shah
Alam Seksyen 19
i-City
Shah Alam
Tempahan
secara online di :
Email : info.usj21@hoteldeart.com.my
Walk In : 21, Jalan
USJ21/6, USJ21, 47630 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Telefon : 603 5888 9099
atau
Instagram
: https://www.instagram.com/hoteldeart/
Facebook : https://www.facebook.com/hoteldeart
budak2 kan memang suka sangat kalao stay hotel..lagi2 kalo dapat pool..tak ingat mama dah :-)
ReplyDeletecuma mampu bercuti di kg je la kali ni...
ReplyDelete