Ayam Kicap Tiga Budak Gemuk #KedaiMama

March 17, 2021

Ayam Kicap Tiga Budak Gemuk #KedaiMama 

Ayam Kicap Tiga Budak Gemuk #KedaiMama,Kalau korang perasan miza ada satu tanda pagar hehe#kedaimama untuk menu-menu yang miza up di Igs, takde niat apa-apa pun just  macam seronok pulak pakai #kedaimama sejak budak dua ketui tu cakap mama masak sedap macam kita makan dekat kedai. Wow jarang sangat anak-anak nak puji masakan mama deme yang tak berapa pandai memasak ne. Ayam Kicap Tiga Budak Gemuk Kedai Mama


Resepi Ayam Kicap  #Kedaimama
Resepi Daging Goreng Kunyit  
Ayam Panggang Noxxa 

Resepi Ayam Kicap Tiga Budak Gemuk #KedaiMama

1/2 ekor ayam
2 batang serai
1 inch Halia*
3 ulas Bawang Putih*
1 biji Bawang Besar*
Kicap manis 
Kicap Pekat
Cili Kisar ( agak-agak ikut lavel pedas yang korang suka )
Daun Kari ( 3 Tangkai )
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
 
Senang saja nak masak Resepi Ayam Kicap Tiga Budak Gemuk version #kedaimama. Seperti biasa ayam perlu di goreng garing atau sekadar kering air pada ayam tersebut sebabnya ada setengah orang suka ayam juicy. 

Dah siap gorang ayam jangan membazir minyak boleh di gunakan minyak goreng ayam tadi cuma kena kurangkan kuantiti sekadar perlu untuk menumis bahan yang bertanda *. Tumis sehingga pecah minyak dan masukan cili kisar dan kicap manis serta kicap pekat. Lepastu masukan ayam bersama daun kari dan serai. 

Gaul sebati ayam dengan rempah yang di tumis tadi dengan garam dan sedikit gula. Jika dah cukup rasa tak perlu tambah apa-apa sedia untuk di makan dengan nasi panas dan timun ermmm Sedapnya
   

 

2 comments:

Powered by Blogger.