Resepi Air Siraman PMC

April 04, 2020

Resepi Air Siraman PMC

Resepi Air Siraman PMC pernah viral seketika katanya boleh menyembuhkan COVID-19. Itu tidak benar. Covid itu Virus mana mungkin dengan minum air siraman boleh sembuh. Tapi apa pun boleh terjadi dengan izin Allah.

Pointnya di sini Air Siraman ini mampu membantu meningkatkan Imun Badan.

Secara Am nya bila mana Imun Badan Kita kuat, InsyAllah penyakit susah nak hinggap. Sebab badan kita memang sedia ada dengan Sistem Pertahan Yang telah di ciptakan sejak azali lagi. 

Jom miza kongsi dengan korang resepi Air Siraman PMC.



Resepi Air Siraman PMC
Resepi Air Siraman PMC


Bahan-bahan Resepi Air Siraman PMC:


Bunga Cengkih

Bunga Lawang

Buah Pelaga

Kayu Manis

Foto: Alaf21

Kunyit Hidup (sebesar ibu jari, hiris)

Halia (sebesar ibu jari, hiris)

Serai (3 batang, dititik)

Cara membuat Resepi Air Siraman PMC:

Masukkan ketujuh-tujuh bahan di atas ke dalam jag atau cawan.Tuangkan air mendidih dan biarkan selama beberapa minitApabila minuman nampak sebati, bermakna sudah siap untuk dihidangkan dan diminum.

Minuman ini boleh digunakan banyak kali, hanya perlu menambah air bila hendak meminumnya.

Sebar-sebarkan agar semua mendapat manfaat dari khasiat semula jadi yang Allah jadikan dalam bahan-bahan yang digunakan.

Insya-Allah dengan mengamalkan minuman ini yakni dengan izin Allah SWT, dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh, selain bermohon agar dijauhkan daripada COVID-19 ini serta berdoa agar dunia kembali aman.

1 comment:

  1. 1st time baca psl air siraman ni..ssuai x di minum ole mommy yg prgnt?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.