Hiking Bukit Limau

August 06, 2020
Hiking Bukit Limau bersama Anak-anak


Alhamdulillah. Terkorban segala lemak rendang, Lemang, Ketupat dan segala kuih raya yang di makan semalam. Yeahhhhhh we did it. Hiking Bukit Limau Bersama Anak-anak

 

Tahniah anak-anak. Dah lama dorang ne berzikir nak ikut mama dan mak long hiking. 1st masa hiking di Bukit Jugra . Hiking Bukit Limau bersama Anak-anak



Bukit Limau atau yang dahulunya dipanggil Bukit Banglo terletak di Kampung Permatang Kerat Telunjuk Bandar Baharu Kedah. Kurang setengah jam jika menaiki kereta jarak dari rumah di kampung.



Kami Keluar rumah dalam pukul 8.30 pagi pukul 9 pagi dah sampai nak parking pun senang ada orang jaga parking selesa luas just bayar RM3. Bagi miza ok lah harga parking tu kita berkongsi rezeki.

yeahhhh berjaya sampai ke puncak Bukit Limau

Rezeki sangat dapat parking senang, orang dah ramai turun jadinya tak bersesak sangat nak naik bukit bersama anak-anak.

1 comment:

  1. Seronoknya anak beranak ni...akak plak join hiking gunung angsi next week...seram ni..lama x hiking

    ReplyDelete

Powered by Blogger.