Belajar Dari Kopi

September 09, 2020
Walaupun Pahit keenakannya masih boleh di nikmati itulah Kopi.
Belajar Dari Kopi 

  Di sebuah kampung seorang ayah mengarahkan anaknya untuk menyediakan 3 bahan iaitu Kentang, Telur dan Kopi. 


Di hadapan mereka ada 3 buah periuk yang di dalamnya air sedang mendidih. Lalu si ayah menyuruh anaknya memasukan ketiga-tiga bahan yang telah di sediakan tadi ke dalam setiap periuk

Selang beberapa ketika api di matikan lalu si Ayah berkata pada anaknya Di saat kentang, telur dan kopi direbus melalui proses pendidihan yang sama, namun hasil tindak balasnya adalah tidak sama. Begitulah ujian dalam kehidupan kita ini.

Asalnya kentang keras dan pejal tapi bila diletakkan dalam air mendidih, ia berubah menjadi lembut dan lembik tambah susu dah boleh gloslow

Asalnya telur yang rapuh dan mudah pecah, tapi bila diletakkan dalam air mendidih, ia berubah menjadi pejal dan keras

Namun uniknya biji kopi, bila ia diletakkan dalam air mendidih, ia merubah sifat air menjadi sesuatu yang baru.

" Nak, Kopi ini ibarat kehidupan yang sedang kita jalani "

Air Panas Mendidih itu di ibaratkan sebagai ujian/dugaan melanda, Walau dalam apa jua bentuk dan keadaan, yang mana satukah outcome yang kita mahukan; kentang, telur atau biji kopi? 
Belajar Dari Kopi  yaminika morning booster  sahabat syurga Belajar Dari Kopi by Tuan Zaim walaupun pahit bisa di nikmati Walaupun Pahit keenakannya masih boleh di nikmati itulah Kopi
Belajar Dari Kopi

Belajar Dari Kopi 

Jadilah seperti biji kopi yang walaupun melalui tekanan yang kuat, ia sendiri tidak berubah namun mampu merubah keadaan sekeliling menjadi sesuatu yang baru.

Belajar Dari Biji Kopi
1- Kopi itu mampu dinikmati walaupun pahit
Apa sahaja cabaran dan ujian di dunia ini hadapi dan belajar urus ujian yang melanda

 2- Biji kopi yang terbaik menghasilkan kopi yang sedap
Untuk memberi yang terbaik kita perlu menjadi yang terbaik

3- Biji kopi perlu dibakar, ditekan dan dikisar untuk menghasilkan kopi yang sedap dan terbaik
Dalam kehidupan sebelum menjadi yang terbaik dan hebat kita akan melalui ujian dan cabaran yang hebat. Apa yang berlaku hari ini adalah sebagai persediaan siapa kita akan jadi pada masa hadapan. Jangan sesekali down di saat kita di uji, Tetepi tetap bangun dan ambil pengajaran dari ujian yang menimpa.
4-  Jangan Terburu-buru menikmati Kopi. Hilang nikmat kopi  
Nikmati sahaja kehidupan ini. Apa sahaja yang melanda kita hadapi dengan senyuman sambil menghirup secakir kopi.

5- Jadilah gula di dalam kopi
Jika tiada gula pahitlah kopi itu, tapi bila terlebih gula maka spoil la kopi itu.
Sama seperti hidup ini. Manis gula ibarat perkara yang mengembirakan, manakala pahit pulak ibarat perkara yang sedih. Allah itu maha hebat tidak akan di biarkan hambanya berlarutan dalam keadaan yang sedih dan tidak di biarkan hambanya hanyut dengan nikmat dunia.

Manusia yang terbaik adalah Manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Kita hidup di dunia ini bukan untuk kita .

Jagalah Hati supaya tak lembik seperti kentang, juga tidak keras seperti Telur, Tetapi tetaplah jadi kopi yang tidak berubah malah mampu merubah keadaan sekelilingnya


#Yaminika 

1 comment:

Powered by Blogger.