Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021

March 02, 2021

 Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021.

Alhamdulillah segala Syukur kepada Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyanyang. Dapat jugak #BudakDuaKetui merasai nikmat persekolahan sebenar pada tahun ini.  

Maka dengan ini berakhirlah drama PDPR kita ye anak-anak. Rasanya bukan miza sorang jew kot yang rasa bahagia dengan berakhirnya sesi PDPR. Sampai tak menyempat nak buat apa-apa pagi-pagi dah duk tepi anak bujang dan anak dara bertuah ne join clasroom @ googlemeet kadang-kadang ustazah sekolah petang buat zoom. Hah amik apa lagi ye teknologi yang ada semua dah try.

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021. Sempat Posing di rumah 

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021 -Sesi Pagi 


No Drama Air Mata. Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021 ibubapa hanya boleh mengantar anak-anak sehingga di pagar sekolah sahaja. Tak leh nak sibuk-sibuk masuk atau lepak kantin tunggu anak. Serah sepenuh kepercayaan kepada para guru.

Sebelum keluar rumah miza dah pesan berjela-jela minta cik qilah tengok-tengokan adiknya. Alhamdulillah ada hikmah jugak dorang ne selang setahun. Cik qilah memang kak long kawasan dia jaga adik dia elok-elok Alhamdulillah 

Walaupun masih hari pertama miza tetap hantar anak-anak ke rumah pengasuh, Miza dah kautim dengan pengasuh nak pantau dari jauh. Jadinya pengasuh yang akan ambil dan hantar. 

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021 -Sesi Petang 


 Sesi petang pulak ada dua kisah, cik qilah dengan kisah sukanya sebab ustazah bagi hadiah sempena buat segala tugasan sepanjang tempoh PDPR berlangsung. Pandai Ustazah ne pancing jiwa anak-anak. Lagi semangat dorang nak selesaikan tugasan yang di beri. 

Afiq Furqan pulak bermuram durja sebab songkok tertinggal. Dah pukul 2.30petang nak pergi sekolah baru perasan songkok tak bawak. mama terus whatsup guru kelas maklum keadaan sebenar. Untung jugak guru kelas ne bekas guru kelas masa dorang sekolah di PASTI. Jadinya mama dah kautim dengan ustazah tapi afiq furqan tak tau hehe.

Tak pe buat pengajaran untuk hari-hari mendatang supaya afiq furqan lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia nak pergi sekolah. Takleh nak harap pada orang. Afiq dah big boy sekarang






2 comments:

Powered by Blogger.